Jangan Jadi Suami 'Kaki Bangku' .
Salam..Aku bukan nak merujuk kepada simpulan bahasa yang pernah kita pelajari masa sekolah rendah dulu..tapi sebenarnya ini adalah hakikat yang terjadi kepada kebanyakkan pasangan yang sudah berkeluarga.
Kita cerita pasal keluargalah ya...bagi mereka yang belum lagi tu boleh la ambil ini sebagai pedoman...
ish..ghaha cm motivater la plak eh...
Apa yang di fikiran kita, kita rasa sudah melakukan yang terbaik. Segala ibadah dengan rahmat Allah dapat kita lakukan dengan sempurna. Kita juga telah cuba jadi suami yang terbaik dengan menyediakan segala keperluan isteri. Bekerja mencari nafkah dari pagi hinggalah ke petang.
Ini lah yang dikatakan suami 'kaki bangku'... bukan kerana tidak tahu bermain bola sebaliknya kerana hanya tahu duduk di bangku menantikan segalanya tersedia tanpa tahu erti membantu atau melayani isteri.
kekadang apa yang diperlakukan seperti direlakan oleh pasangan masing-masing.
ya, ada yang berkata ..apa guna ada pembantu di rumah, semuanya telah dilakukan oleh mereka..sebenarnya bukan semua kerja perlu diserahkan kepada pembantu jika kita mahu merasakan erti perkongsian hidup yang sebenar mengikut tauladan daripada Rasulullah S.A.W.
Membantu pasangan dengan redho, sebenarnya tanggungjawab seorang suami memang berat dan inilah pelaburan kita untuk ke syurga. Isteri perlu dilakukan sebaik-baiknya barulah kerukunan rumah tangga dapat di kekalkan dan barulah si isteri dengan rela menerima nasihat si suami. Jika hak-hak ini tidak ditunaikan hancurlah kebahagiaan keluarga. Si isteri tidak redho pada si suami dan si suami tidak redho pada si isteri.
Tidak susah kan..sekadar menyidai kain baju di ampaian...malu ke nak buat ??
>>aaar tu la masalahnya...bukan taknak tolong tapi malu..segan kat jiran tengok...huhuhu.
p/s : semua perbuatan baik akan menjadi ibadah jika dilakukan dengan redho.
>sumbangsih : kaki katil cmner plak?
9 Comments:
[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.