Adik (nurhanis umairah)

Friday, January 22, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments


..Ingin diriku dekat dihatimu berdua kan kita bersama...lalala..(lagu Aril versi adik)

macamtula lebihkurang adik mendendangkan lagu Aril yang selalu kedengaran bila dia happy..maklumlah hari-hari dengar kat astro...ada lagi lagu-lagu lain Stacy n Akim...emmph! sedap jugak....tapi aku tak reti nk nyanyi langsung.


Nurhanis Umairah Binti Muhamad Nazli, dilahirkan pada 14jun2001 kat privet hospital Sg petani.


Tup..tup dah besar pon budak ni..dah darjah 3 skang ni..bersekolah kat SK Kanchong Darat Banting..sekolah baru la ni..sblum ni kat SK Sg Lalang kedah..

ADIK..pangilan manja kat rumah..tapi kt skolah ada yang panggil Hanis..anis..Umairah...tapi dia tak kisah pon .

"Rupa ikut abah..perangai ikut mama" kata orang-orang sekeliling yang mengenalinya...biasala nak ikut sapa lagi kan.

Dari kecik sampai skang ni tak penah berenggang dengan mama...emph! anak mama la katakan.

"adik....bawak bekal apa hari ni?"...saja aku tanya walaupun dah tahu jawapannya.

"adik bawak roti teloq..."

anak aku sorang ni dari tadika lagi tak penah bawak sekupang pun duit ...bagi dia tak best makan kat kantin..tapi kami dah tau ..dia ni budak yang pemalu...pasai tulah dia jadi macam ni...

"adik..rehat dengan sapa hari ni?... tanya mama.

"dengan kawan adik la...tapi depa mintak roti adik..depa dah beli pon depa nk makan adik punya"

Roti celup teloq adalah febret adik dan kami skuarga bila bekfes..kalau beli sebuku roti gardinea pack besaq..sat saja kami bedal...hantu roti btui !.

"Maaa...esok cuti skolah kan??...adik nk tidok ngan mama.
Masa aku duduk sini sorang-sorang , depa tidoq sekali..tu pasai windunya nak tidoq ngan mama ...teringat la. Kat sini depa ada bilik sendiri..tidoq ngan kakak dia ja lah.


Hari -hari sebelum masuk tidoq peluk cium anak-anak dan solat berjemaah dah menjadi rutin dalam kluarga aku.

adik apa lagi..masa ni lah dia nak amik kesempatan...nak cium ketiak mama..nak tunggu hujung minggu baru boleh tidoq sama..kadang-kadang aku tengok dia ni melucukan..ikut sapa tak tau...mama kata bukan ikut mama arrrr!...abih tu ikut abah la kot masa kecik-kecik dulu...taktau lah.









0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.