Cucur Udang mamaDiana..yum..yum !

Wednesday, January 27, 2010 PCL 1 Comments




Hari-hari tiap pgi sarap roti teloq kekadang tuh boring gak..sesekali nk gak try yang havy sikit...Fuhhhh!!! bau teramat sedap ..belum makan dah terasa satu rumaah bau kucai kena goreng...mamaDiana hari ni buat cucoq la pulak...berminyak sikit takpa bukan selalu...

Resipi turun temerun dari ibunya semamngnya tiada tandingan dgn yang jual-jual kat pasar malam..yang tuh diaorang buat lebih kurang jer..janji boleh jual untuk hari tu..

Sendiri makan mestila mau buat yang sedap-sedap ..betoi tak??

Cucoq febret anak-anak aku gak...tapi no sayoq..hehe budak zaman sekarang ..makan pon memilih.



MamaDiana buat lebih harini sebab nak bagi kat jiran-jiran katanya..bagi la depa rasa sama ..yang sedap kita cerita kat orang n yang tak sedap tu kita diam-diam ja lah..tak gitu mama..hehe.


Ni dia cara-cara membuatnya :

Bahan-bahan,

Tepung gandum,serbuk penaik, garam, air , telur ayam, taugeh, kucai dan udang.


Adunan ,

# Tepung (500g). air (2 cawan), serbuk penaik (sedikit), garam(secukup rasa), pecahkan telur (sebiji) -- gaul semua sekali sehingga sebati, kalau pekat sangat tambahkan air sedikit.



# Setalah sebati adunan tadi barulah dimasukkan taugeh,kucai dan udang mengikut kehendak anda.

# Panas kan minyak untuk menggoreng --- api kena jaga sikit, jangan terlampau kuat nanti bahagian dalam tak masak, dan jangan pelan plak nanti masuk minyak pulak cucuq tuh...


>> dah siap untuk dihidangkan dgn kuah sos






p/s : Kalau nak buat sendiri kuah sos pon boleh..senang jer..



# Kisarkan (bland) cili merah,bawang putih, cuka,garam , gula secukup rasa dan sedikit air.

..

1 comment:

  1. sedap,enak di makan bersama kopi o tarik..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.