Diet sihat

Wednesday, January 27, 2010 PCL 0 Comments







Makan untuk hidup..bukan hidup untuk makan..hehehe, jadi apa guna diet ??



Sebenarnya tiada istilah diet dalam hidupku..maupun keluargaku..kalau ada kesempatan makan, aku tak akan lepaskan peluang untuk menjamu selera..

Tetapi semenjak kebelakangan ni aku rasakan diet itu perlu untuk kesihatan, memandangkan faktor usia dah meningkat dan juga mungkin kerja atau jumlah tenaga yang digunaka tak balance dengan amalam pemakanan seharian...senang katalah, makan banyak kerja kurang..sendiri mau ingatla..dulu kerja banyak , makan kurang...lu pikir la sendiri.


Sempena Maal Hijrah 1431H...selain dari muhasabah diri dan memperbanyakkan amalan , aku juga berazam nak slowkan sikit pasal makan-makan kat luar ni..maksudnya makan kat rumah saja lah., kebetulan pulak mamaDiana n anak-anak dah berhijrah kat sini , so dapatlah kami bincang pasal menu diet yang perlu untuk kami sekuarga..kalau anda nak ikut pon boleh la try..


MANU A

Minum Pagi (8.00am-10.00am)
# Roti gardenia (2 keping) @ biskut tawar (6 keping)
# Susu rendah lemak (1 gelas)

Makan Tengahari (12..00pm-1.00pm)
# Nasi (1 1/2 cawan), ikan bakar (1 ekor sederhana), sayur daun (cth salad 1 cawan).
# Buah-buahan
# Teh o kurang manis (1 gelas)

@

# Mihun sup (1 1/2 cawan)+isi ayam+sayur sawi
# Buah-buahan
# Teh o ais limau kurang manis (1 gelas)

Makan Malam (7.30pm-8.00pm)
# Nasi (1 cawan)
# Sup sayur campur , cth ubi kentang+lobak+sawi+fishball
# Buah-buahan
# Air masak


Manu B

Minuman Pagi (8.00am-10.00am)
# Roti gardenia (2 keping) @ biskut tawar (6 keping)
# Nescafe kurang manis (1 gelas) (cth : 2 in 1 cafe)

Makan Tengahari (12.00pm-1.00pm)
# Nasi ayam (nasi putih) (3/4 cawan)
# Ayam (1 ketul)
# Buah-buahan
# Air kosong (1 gelas)


@

# Nasi (3/4 cawan)
# Tomyam - isi ayam.sayur campur
# Buah-buahan
# Air kosong (1 gelas)

Minum Petang (3.30pm-4.30pm)
# Kuih (kurang manis/goreng/santan) (1 biji kecil)
# Air kosong

Makan Malam (7.30pm-8.00pm)
# Sandwich telur+salad
# Yogart/Susu rendah lemak (1 gelas)

@

# Oats (6 sudu makan)
# Susu rendah lemak (4 sudu makan)
# Milo (1 cawan)
# Buah-buahan




...






0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.