Mai mengaji ngan Atok...

Friday, January 29, 2010 PCL 1 Comments

"Kau la dulu...kau la dulu..semalam aku dah dulu..."

Teringat zaman aku kecik2 dulu...mengaji Quraan lepas solat Maghrib adalah satu kewajiban dalam rutin hidupku. Dulu sewaktu di kampung abah n mak aku yang mengajar kami adik beradik mengaji kekadang tu kalu depa kepenatan setelah seharian memeras keringat di sawah bendang maka atok n nenek aku takeover..mengaji ngan mak atau abah cepat sikit habis tapi yang tak tahan tu kalu silap baca kene cubit...aduuuyai..bukan sedap tapi sakitla..kekadang tu kami adik beradik berebut2 ..sampai bertolak2 bukannya nak baca dulu tetapi sebaliknya..hehe.., dalam sebulan tu ada la 2, 3 kali menangis ..hahaha tau la tu kan sebabnya...kena cubit la..


Kini giliran aku pula ...

Lepas solat maghrib jer adik n kakak dah bersiap dengan alQuraan n Muqaddam masing2.

mamaDian ajar adik Muqaddam n aku ajar kakak Quraan..biasanya hari Jumaat, Sabtu n Ahad jer yang ada kelapangan macam ni..lain2 hari diaorang ade tusyen.

Menitis air mataku bila kenangkan peristiwa lalu bertapa payahnya mak abah kita mengajar anak2nya untuk menjadi orang2 yang berilmu...walaupun aku tidak sebaik mana kebolehan mengaji seperti mereka, tapi aku akan sedaya upaya melapangkan masa untuk mengajar anak2...Sebenaqnya petang2 pon depa dah belajaq Quraan kat KAFA...masa dulu2 orang panggil sekolah arab @madrasah...aku buat ni sebagai ulangkaji untuk diriku sendiri...lagipun masa keje shif dulu mana sempat semua nih..

Sykur Alhamdulillah..semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dariMu Ya ALLAH.


1 comment:

  1. dulu ngaji kat masjid... tapi selalu 'hilang' sebab main baling selipar....

    ~haha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.