Pasar Malam

Monday, February 01, 2010 PCL 4 Comments






"Marrrii!!....marrrii!!...rrappat!!..rrappat!!..bole campurrr!!..bole campurrr!!..murrrah sajja!!..murrah sajja!!..yahhh!! marrii..marrii!!." (peniaga ikan n sayuran)

Aku tengok mamaDiana senyum, adik n kakak pon sama gak...keras perut menahan gelak...aku selamba jer sbb dah biasa dgn keadaan pasar malam, jerit pekik n lolongan para peniaga membuatkan keadaan riuh rendah, yang buat aku kagum tu pekikan yang membingitkan telinga tu adalah datangnya dari seorang yang nampak ayu bertudung, kalau tomboy tu lain lah kan.. mesti brutal punya...


2 har1 berturut2 aku n famili berjalan2 kat pasar malam area Banting ni...saja nak membeli barang2 dapur n nak ingat balik zaman aku penah berniaga pasar malam...3 tahun beb aku buat parttime bisnes macam ni..mulanya suka2 jer..bila OT takde mulalah jadi sukaduka..


Kampungboy Waffle Cake Corner @ Sp Kedah.


KAMPUNG BOY WAFFLE CAKE..Aku n member ofis (Mazlan) sain kontrak jadi partner, berbekalkan sedikit modal maka bermulalah bisnes ni...Pasar malam yang pertama kami terjah ialah Pasar Malam Taman Ria...Fuhh! tak sangka beb...ramainya orang keliling meja buat kami jadi gabra..maklumlah first time tak tau nak handle macam mana...hahaha..malu tak tau nak habaq, tapi bro Mazlan rileksjer...akhirnya hari pertama berniaga berjalan dengan lancar dan buat kali pertamanya keuntungan mencecah seratus ringgit...okayla tu partime.


Pasar malam kat area Sg Petani ada tiap2 hari tapi lain2 tempat la..,antara pasar malam yang kitaorang masuk ialah Pasar malam Tmn Bandar Baru (Ahad), Sg Layar (Isnin), Tmn Ria Jaya (Selasa), Tmn Ria/Sg Lalang (Rabu), Tmn Kempas (Khamis), Sg Layar (Jumaat) n Tmn Peruda/Tmn Ria Jaya (Sabtu)...Huhhhhh!! pukul keliling tu beb.


Waffle cake merupaka bisnes terbaru kat pasar malam, selalunya kita cuma nampak benda ni ada jual kat supermarket je..sampai sekarang pon rasanya tak nampak lagi lah kat pasar malam..kalau aku tak silaplah. Lain2 benda makan yang kitaorang jual ialah corn cup, kaya ball n air minuman..yang ni biasa lah.



Bila dah ada kat sini aku terasa hati juga nak buat macam dulu, tapi nak mulakannya balik tu susah sikit la..anak2 pun dah besar..nantilah aku fikirkan n bincang balik ngan mamaDiana.

Harus diingat kepada para peniaga pasar malam n pengunjungnya juga..tunaikanlah keWAJIBan kita, berjual beli lah dan solat Maghrib jangan diabaikan..Islam itu memudahkan dan bukan menyusahkan.





p/s : resipi waffle cake akan menyusul.




4 comments:

  1. Hehee irra pernah jual air kelapa muda depan rumah...lepas spm..masa tu baru tau susah nye nak mencari duit sendiri...

    ReplyDelete
  2. Hot !! Peluang Perniagaan Pasar Malam, Expo Karnival dan Bazar Ramadhan
    Great Waffle Station Marketing @ Great Waffle Station Marketing - Fri 6/May/2016 11:05am [Last Comment]
    Salam saya mencari 115 usahawan pasar malam & bazar ramadhan utk produk makanan . jIka anda tercari-cari idea lain untuk mencari pendapatan sampingan . Saya ingin memperkenalkan '' PERNIAGAAN WAFFLE '' pada anda . Fenomena jualan produk ini telah berjaya meningkatkan pendapatan sehingga 8k sebulan . Tawaran terbuka utk usahawan baru yang nk menceburi bisnes makanan , sila tinggalkan no telefon & nama utk sy BERIKAN DETAIL INFO PERNIAGAAN

    @ WHATSAPP KE 019-339 2428 En Arrief

    ReplyDelete
  3. Hot !! Peluang Perniagaan Pasar Malam, Expo Karnival dan Bazar Ramadhan
    Great Waffle Station Marketing @ Great Waffle Station Marketing - Fri 6/May/2016 11:05am [Last Comment]
    Salam saya mencari 115 usahawan pasar malam & bazar ramadhan utk produk makanan . jIka anda tercari-cari idea lain untuk mencari pendapatan sampingan . Saya ingin memperkenalkan '' PERNIAGAAN WAFFLE '' pada anda . Fenomena jualan produk ini telah berjaya meningkatkan pendapatan sehingga 8k sebulan . Tawaran terbuka utk usahawan baru yang nk menceburi bisnes makanan , sila tinggalkan no telefon & nama utk sy BERIKAN DETAIL INFO PERNIAGAAN

    @ WHATSAPP KE 019-339 2428 En Arrief

    ReplyDelete
  4. As salam ..dari segi sambutan jual waffle di pasar malam ok x..sbb saya ingt nk jual waffle di pasar mlm

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.