Villa Kejora ...Pengenalan dalam Dunia Hidupku

Thursday, January 21, 2010 PCL 0 Comments


Dari segi keperluan hidup dan memulakan
hidup baru setelah sekian lama...terbelenggu dengan bersusah dan payahnya bermajikan dengan kerja kampeni kilang jepun....siang dan malam kerja..sampai tak bermasyarakat dgn tetangga..anak pon boleh tak kenal bapak dia..

pergi kerja gelap subuh , balik pon sama jugak.. gelap malam .dan sikap pon dah macam org jepun, cari kerja dan enjoyed. 

10 tahun lebih menempuhinya dengan kesabaran yang sememangnya sebelum
ini aku sangka kerjaya itu adalah yang terbaik dalam hidupku...

tahun 2007 ,  Industri perkilangan mulai gawat, ..ramai rakan seperjuangan beralih arah kepada kerja dengan sektor kerajaan.

Sukar dipercayai kerana sudah beberapa kali aku mencuba nasib dengan isi borang SPA, interview beberapa kali ...tapi yang ditunggu tak juga tiba sehinggalah ...

9hb Jun 2008..masih aku ingat lagi tarikh itu, ...Lapor diri dengan Kementerian Kerja Raya Persekutuan...

surat rasmi berbunyi.."Sukacita dimaklumkan saudara telah berjaya....".Syukur Alhamdulillah.

kini Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi adalah majikan baru sekarang..dan syukur juga kuarters masih baru, Villa Kejora...nama diberi untuk kuarters/rumah jabatan telah ditawarkan.

Peringakat permulaan kehidupan di sini agak ketara juga ..berjauhan dengan
keluarga tercinta...aku di sini, Banting Selangor  dan mereka di Sungai Petani Kedah..

...segala pengorbanan aku gagahkan untuk perjalanan Dunia Hidupku... #dunai yang hanya sementara..





0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.