Secret Recipe..utk org merajuk !!

Thursday, February 25, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Sebenarnya dah lama nak ke Secret Recipe..tapi masa tak mengizinkan..sibuk jer memanjang...
Ada orang merajuk tapi bukan sebab tak dapat makan kat tempat tuh..tak tau lah sebabnya mungkin dah lama tak merajuk kot!!
Sedangkan lidah lagi tergigit..tapi tak der hal lah tu..sikit jer.
Sebenarnya aku pun merajuk juga..sebab tu lah jadi macam nie..selalunya aku yang pujuk tapi sekarang nie yang memujuk pun merajuk nak buat macam mana nie...
sebelum amik kakak n adik balik dari sekolah aku singgah jap kat Secret Recipe .
"akak...bagi kat mama kek tu"
"bila abah beli?" tanya adik pulak.
"mesti mama suka nie..kek coklat" sampuk kakak.
"abah beli 3 potong jer tau...nanti kita pi makan kat sana, kita makan puas2 okey!"

Akhirnya aku mengalah...nak harapkan orang tu pujuk tapi aku yang memujuk..
biasalah...nanti korang dah bekeluarga tau la macam mana nak handling kes seperti ini khususnya kaum adam...every things is ok...takder bender pon!

Secret recipe dalam keluarag adalah saling faham memahami antara satu sama lain..
jangan selalu merajuk dan megharapkan dipujuk...sesekali belajar lah memujuk pulak.

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

sehari Di Zoo Negara

Tuesday, February 23, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

"Adik, kak..nak pi zoo dak?...pi ngan makngah..mama n abah tak ikut"..
"tak best la..jom lah mama"...adik mana boleh kalau mama tak ikut, tu yang aku n mamaDiana gagahkan juga ikut diaorang pi.

adik n kak terus bersiap2 nak pi dah...tapi masa tu mamaDiana baru jer confirm ngan Ya sepupu diaorang..alih2 tak jadi pulak pi petang tu , rasa rugi pulak bayar tiket mahal2..sebab dah petang pon, so tukar esok pagi lah..

Lepas Maghrib kami sekeluarga bertolak ke Salak tinggi, rumah makngah...meghabehkan boreh kat sana...thanks Kak Intan n Abg Joe sebab kami selalu menyebok di sana.

Thanks Ya(http://diniesyafira.blogspot.com) bagi gambar2 nie kat pakcik.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Monday, February 22, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

Aiyaaaa!! tak boleh nak upload gambar....nanti2 lah..sama mcm tuanrumah gak sbb dah tak larat..baru lepas berKARNIVAL.

adeh!!! habes sakit2 badan nie hah.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Thursday, February 18, 2010 Nazlee Ismail 1 Comments

"Eeee apa nie?"..."tak mau makanlah..tak sedap". "Tak mau sayoq...pait la". "Mama nak roti teloq"...

"Penat sungguh nak melayan selera anak aku yang sorang nih... Makanan apa ya yang bagus?", anak aku ni selalu tak lalu nak makan ..kalau makan pun bila terasa betul2 lapar saja..risau betul, cuma yang tu lah makanan dia hari2, tapi sesekali tu adalah juga jamah nasi..tengok lauk lah..ayam masak kicap.. ok, telur masak kicap ..ok, sayur-sayuran jauh sekali...

Pemakanan adalah antara perkara yang memenigkan kepala aku dan mamaDiana, sebagai ibubapa, korang pun ada juga menghadapi masalah macam nie kan..

Kami nie bukannya mengabaikan pemakanan anak2..masalahnya diaorang yang tak selera makan..ada di kalangan ibubapa yang megabaikan aspek pemakanan anak, diaorang nie bukannya tidak sayang, cuma tidak rasa kepentingan makan makanan seimbang dan bernutrisi untuk anak2, makan asal kenyang sudahlah..boleh ke macam tu??
Harap korang semua pembaca blog boleh bantu aku...terutama bagi anak2 suka kepada sayuran..
Segala nasihat dan cadangan diucapkan ribuan terima kasih.

1 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

panasnye cuaca sekarang ni...mandi air terjun..best!!

Wednesday, February 17, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Maktok dan cucu2nya....
mandi sampai tak ingat nak balik..lepas tu demam...
tu la tak dengaq cakap ...mamaDiana kata mandi sat2 jadilah...

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Adik rindu...

Friday, February 12, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

BABY

MIKO

Gongxi fa chai n selamat bercuti...

Banayak email aku terima dari kawan sepejabat...diaorang semua amik cuti extra...Isnin n Selasa .. dah cuti tambah pulak hari Rabu, Khamis n Jumaat..

Bagus2 ..cuti raya cina..hat mana dok jauh dari kampung bole la balik, aku pun jauh gak tapi tak leh balik..huk..huk..ader gak rase cam nak balik tapi ....aku ada plan lain..

Muka anak2 aku dah lain macam sikit..rindu kat Maktok n adik beradik lain kat kampung tuh...tak sampai 2 bulan pon diaorang kat sini...

Adik kata dia rindu kat Miko n Baby...lama adik tak peluk kucing kesayangan depa tuh..dengak kata Maktok..si Miko tuh dah bunting...emmmh! tak sabaq la tuh nk tengok baby Miko...kat sini mamaDiana tak bagi bela kucing sebab ada budak kecik si Aqeela n Batrisya..takut diaorang alah dengan bulu kucing plak....kecian kat adik noh..tak pa dik..kat luar tuh kan banyak monyet...tak payah bela , depa datang sendiri. Nak tengok kucing bleh la tumpang tengok kat jiran sebelah tapi seganlah adik kata....biasala anak aku tuh pemalu orangnya.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Alahai anak-anakku.

Monday, February 08, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Lazimnya ibubapa, pantang bila anak menegur walaupun tahu ianya ternyata bersalah. Jangan rasa tercabar..!,pepatah melayu mengatakan"bisaular tidak akan hilang walau menyusur dibawah akar", Saiyidina Umar pernah berkata " kanak2 tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima, begitu juga dengan junjugan kita Rasulullah SAW kalau berjumpa dengan anak2 kecil, Baginda cukup hormat dan sayang dengan mereka sebab mereka tidak berdosa. Lagipun kanak2 menegur memang ikhlas, jangan endah tak endah dengan teguran mereka. Perasaananak juga harus dihargai, sesetengah orang tua jarang bercakap dengan anak2, kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan saja. Mulalah anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Tak ada tempat mengadu, cari kawan untuk meluahkan perasaan..dapat kawan yang okay tak apalah..kene yang samseng dah tentu ia membawa padah.

Dalam dunia hidupku..perkara2 semacam ini sentiasa diambil berat..malah akan dipraktikkan setiap masa demi menjaga keharmonian dalam sebuah keluarga. Kitaorang bebas untuk menegur sesama sendiri.

Di sini ada beberapa tip yang diikuti oleh duni hidupku antaranya adala seperti berikut :

# Mulakan hidup anak kita dengan nama pangilan yang baik, nama yang memalukan diri mereka akan menjejaskan kredibeliti dan rasa rendah diri mereka.

# Peluklah anak kita setiap hari sekurang2nya lima kali sehari (ada kajian mengatakan, kekuatan IQ akan bertambah berbanding mereka yang tidak dipeluk).

# Pandanglah anak kita dengan rasa penuh kasih sayang, keyakinan mereka terhadap persekitaran akan bertambah.

# Berilah kata2 perangsang,hadiah atau senyuman bila mana mereka melakukan kebaikan.

# Jangan mengaharapkan perkara kebaikan secara berterusan, setiap anak yang sedang meniti kematangan harus melalui setiap perkara termasuklah berbuat kesilapa dalam hidupnya.

# Apabila berhadapan dengak masalah kerja dan keluarga maka pilihlah keluaga terdahulu kerana masa akan berlalu dan tak akan kembali.

# Jangan mengeluh dihadapan anak2 kerana mereka merasakan dirimereka beban terhadap keluarga.

# Jadilah pendengar setia kepada cerita atau permasaalahan anak2.

# Luangkanlah masa bersama anak kita di luar rumah, peganglah tangan mereka apabila berjalan2. mereka akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam hidup kita suami isteri.

# Janganlah membiarkan anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Anggaplah tangisan anak sebagai sound effect sahaja, dengarinya dengan rela hati mungkin 20 tahun akan datang kita pula yang menangis apabila rumah terasa sunyi.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh...Amin.

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Aqeela n Batrisiya

Wednesday, February 03, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments

Salam...

Kehadiran dua orang baby girl ni

telah meghilangkan rasa boring mamaDiana di kala anak2 sendiri sedang bersekolah.

Yang berumur 6 bulan ini ialah Aqeela dan yang sorang lagi ni namanya Batrisiya berumur 1 thn lebih..kedua2 baby ni adalah anak kepada staf tempat keja aku.

Sekarang ni dah masuk 2 bulan diorang berada dibawah jagaan mamaDiana...setakat ni semuanya okay lah.

MamaDiana dah biasa sangat
dengan masalah penjagaan baby, sebelum ni pon masa di Kampung dulu mamaDiana jaga anak2 kakak.

"tak ada papa nak buat..tolong kawan2 nak jaga baby diorang..lagi pun dapat jga tambah duit belanja dapur" katanya..

Aku ikutkan saja..tapi bagi aku bagusla daripada duduk sesaja..apa salahnya kan..

aku pun pon suka juga dengan bebudak ni lagi2 kalau baby girl..tak tau lah..mungkin sebabnya aku ni ada anak perempuan kot...ada kawan2 tanya pasal anak ..tak nak tambah lagi ke? Tunggu saja lah kalau ada rezeki , tak kisah lah boy or girl.

Aqeela,
Semenjak masuk rumah aku , budak ni nampak cool je, tak ada banyak buat hal sangat, nangis sikit2 tu biasalah, bab nak tidur susah sikit sebab budak ni tak tidur dalam buai, lagipun memang dah dipraktikkan oleh Ummi dia..katanya nanti kalau biasa tidur buai susah nak bawa jalan2 ..kena usung buaian tu sekali lah..macamtu lah lebihkurangnya...ada sumber yang menyatakan tidur dalam buaian akan memberikan kesan sampingan pada bahagian otak..betul ke??...sebagai pengasuh , kitaorang akur saja dengan kehedak warisnya, kitaorang buat yang terbaik seadanya.

Batrisiya,
Baby ni manja sikit, mula2 masuk rumah malu2 n segan2 maklumlah dah besar sikit ..boleh beza tempat baru dari kebiasaannya, tapi budak ni cepat mesra dengan kakak n adik, nasib baiklah diorang ada, tapi sekejap ja lah jumpa sebab kena ke sekolah pulak. Bab tidur tak jadi hal..selalunya datang pagi terus sambung tidur, kekadang tu sampai kena kejutkan dia sebab nak mandikan..tak kan tak mandi kot nanti apa pulak kata emak dia..hehehe ada satu yang kena take care sikit pasal budak ni sebab dia elergy pampers..nanti takut kena ruam air pulak., so kena pakai lampin la pulak macam kita kecik2 dulu tu lah.

So, apa apa pun mamaDiana dah biasa dengan karenah bebudak ni, buatlah apa saja yang penting kita happy.

2 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

hari hujung minggu..

Tuesday, February 02, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Apa yabg anda lakukan bila menjelang hujung minggu..adakah anda menantikan kehadirannya? Sejauuh manakah anda memenfaatkannya..adakah and bosan dengan kehadirannya? ..atau mungkinkah anda kesunyian.? apa sajalah !

Bagi dunia hidupku , hari hujung minggu merupakan sesuatu yang dinanti2kan...yang sudah berkeluarga seperti aku sudah pastinya mempunyai perancangan aktiviti yang akan dilakukan ataupun ia berlalu tanpa dirancang..apa pun pastinya perjalan hari hujung minggu sesuatu yang indah untuk diingati..selain daripada aktiviti kewajiban seharian haruslah diwarnai dengan aktiviti yang melibatkan keseluruhan ahli keluarga bagi megeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Kebiasaannya bagi orang lain , pengisian hujung minggu kebanyakkannya dipenuhi dengan membawa keluaga bersiar2 luar dari kawasan kediaman tapi tidak bagi dunia hidupku..sesekali mungkinlah.

" Ma nak masak apa? " aku bertanya pada mamaDiana, selepas solat subuh berjemaah tadi.

"kita buat MoiSup Sayur ok tak? Lama dah tak makan...teringat mak masak kat rumah KakIntan ari tuh.."

Hujing minggu ..biasalah, kain baju banyak nak dicuci..nasib baiklah kitaorang ada maid senangla sikit..maksud aku mesin basuh kat dobi yang disediakan percuma setakat ini..sampai bila kurang pasti lah perkhidmatan free tuh... kitaorang gunakan dgn secara bijaksan..T.kasih kepada pihak pengurusan..diharap tidak ada yang berdengki dengan kitaorng.

...Semuanya dah beres, tinggal nak lipat jer..haa, bab ni aku baru belajar kat sini..sebelumni tak penah buat, ringan tulang nak membantu n nak ajar anak2 buat, kita kene turun padang sama..baru betoi..kepimpinan melalui teladan., habis 2 bakul kain baju dilipat so apa lagi..preparation masak memasak..kene pergi pasar...pasal membeli aku tak boleh...yang ni serah kat mamaDiana..plan nak masak Moisup Sayur, memang itulah perkakasan yang perlu dibeli..kalau bagi aku , sure ada yang terkeluar dari list...tak boleh pegang duit banyak..asal anak mintak , mesti beli..kekadang tuh kene leter jugak dengan mamaDiana..it's ok.."abanh sayang anak .." selalu jawabku macamtu lah.

Bab memasak selalunya tak jadi masalah sebab aku memang suka...kitaorang gader2gader..potong,cincang,kacau,angkat tu keje akulah tapi last2 aku tau jugak masak resipi ni cuma belum ada kesempatan saja...nanti aku bagi la resipinya untuk korang semua.

Selepas solat Zohor berjemaah,makan,tengok anak buat homework,menonton tv,tidur kejap n
petang sikit selepas solat Asar ..semua pegi gym ..kasi keluar peluh sikit...kat sini kemudahan ada, free pulak tuh, apa lagi..mau ngan takmau sja..adik n kakak memang suka aktiviti ni..aku n mamaDiana maintain sja..timbang berat...tak turun pon..tapi nasib la tak naik berat badan.
Selepas solat Maghrib ..macam biasa , dah almaklum oleh anak2ku masa untuk mengaji n ulangkaji pelajaran, mamaDiana lah jadi guru besar...aku cikgu sandaran jer..hahaha..sikit2 bolehla sebab subjek diorg sekarang ni advance sangat..darjah tiga dah macam tingkatan satu waktu aku dulu....Fuhhh! kene study balik.
"mama...adik L "...selalunya macamtulah hin adik bila dia terasa lapar...so aku goreng telur n bagi 2 kpg roti gardenia..ok la tu..baru boleh tidur..
Berakhirnya hari hujung minggu dunia hidupku...yang penting di sini, apa2 yang kita lakukan perlu keikhlasan hati. .bahagia bukan senang dicari tetapi perlu dihayati..

"Soal rasa, lidah tak boleh bohong" pinjam kata kata mee sedaap.

0 Comments:

[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Pasar Malam

Monday, February 01, 2010 Nazlee Ismail 4 Comments

"Marrrii!!....marrrii!!...rrappat!!..rrappat!!..bole campurrr!!..bole campurrr!!..murrrah sajja!!..murrah sajja!!..yahhh!! marrii..marrii!!." (peniaga ikan n sayuran)

Aku tengok mamaDiana senyum, adik n kakak pon sama gak...keras perut menahan gelak...aku selamba jer sbb dah biasa dgn keadaan pasar malam, jerit pekik n lolongan para peniaga membuatkan keadaan riuh rendah, yang buat aku kagum tu pekikan yang membingitkan telinga tu adalah datangnya dari seorang yang nampak ayu bertudung, kalau tomboy tu lain lah kan.. mesti brutal punya...

2 har1 berturut2 aku n famili berjalan2 kat pasar malam area Banting ni...saja nak membeli barang2 dapur n nak ingat balik zaman aku penah berniaga pasar malam...3 tahun beb aku buat parttime bisnes macam ni..mulanya suka2 jer..bila OT takde mulalah jadi sukaduka..

Kampungboy Waffle Cake Corner @ Sp Kedah.

KAMPUNG BOY WAFFLE CAKE..Aku n member ofis (Mazlan) sain kontrak jadi partner, berbekalkan sedikit modal maka bermulalah bisnes ni...Pasar malam yang pertama kami terjah ialah Pasar Malam Taman Ria...Fuhh! tak sangka beb...ramainya orang keliling meja buat kami jadi gabra..maklumlah first time tak tau nak handle macam mana...hahaha..malu tak tau nak habaq, tapi bro Mazlan rileksjer...akhirnya hari pertama berniaga berjalan dengan lancar dan buat kali pertamanya keuntungan mencecah seratus ringgit...okayla tu partime.

Pasar malam kat area Sg Petani ada tiap2 hari tapi lain2 tempat la..,antara pasar malam yang kitaorang masuk ialah Pasar malam Tmn Bandar Baru (Ahad), Sg Layar (Isnin), Tmn Ria Jaya (Selasa), Tmn Ria/Sg Lalang (Rabu), Tmn Kempas (Khamis), Sg Layar (Jumaat) n Tmn Peruda/Tmn Ria Jaya (Sabtu)...Huhhhhh!! pukul keliling tu beb.

Waffle cake merupaka bisnes terbaru kat pasar malam, selalunya kita cuma nampak benda ni ada jual kat supermarket je..sampai sekarang pon rasanya tak nampak lagi lah kat pasar malam..kalau aku tak silaplah. Lain2 benda makan yang kitaorang jual ialah corn cup, kaya ball n air minuman..yang ni biasa lah.

Bila dah ada kat sini aku terasa hati juga nak buat macam dulu, tapi nak mulakannya balik tu susah sikit la..anak2 pun dah besar..nantilah aku fikirkan n bincang balik ngan mamaDiana.

Harus diingat kepada para peniaga pasar malam n pengunjungnya juga..tunaikanlah keWAJIBan kita, berjual beli lah dan solat Maghrib jangan diabaikan..Islam itu memudahkan dan bukan menyusahkan.

p/s : resipi waffle cake akan menyusul.

4 Comments: