Aqeela n Batrisiya

Wednesday, February 03, 2010 PCL 2 Comments

Salam...



Kehadiran dua orang baby girl ni

telah meghilangkan rasa boring mamaDiana di kala anak2 sendiri sedang bersekolah.



Yang berumur 6 bulan ini ialah Aqeela dan yang sorang lagi ni namanya Batrisiya berumur 1 thn lebih..kedua2 baby ni adalah anak kepada staf tempat keja aku.

Sekarang ni dah masuk 2 bulan diorang berada dibawah jagaan mamaDiana...setakat ni semuanya okay lah.


MamaDiana dah biasa sangat
dengan masalah penjagaan baby, sebelum ni pon masa di Kampung dulu mamaDiana jaga anak2 kakak.

"tak ada papa nak buat..tolong kawan2 nak jaga baby diorang..lagi pun dapat jga tambah duit belanja dapur" katanya..

Aku ikutkan saja..tapi bagi aku bagusla daripada duduk sesaja..apa salahnya kan..

aku pun pon suka juga dengan bebudak ni lagi2 kalau baby girl..tak tau lah..mungkin sebabnya aku ni ada anak perempuan kot...ada kawan2 tanya pasal anak ..tak nak tambah lagi ke? Tunggu saja lah kalau ada rezeki , tak kisah lah boy or girl.

Aqeela,
Semenjak masuk rumah aku , budak ni nampak cool je, tak ada banyak buat hal sangat, nangis sikit2 tu biasalah, bab nak tidur susah sikit sebab budak ni tak tidur dalam buai, lagipun memang dah dipraktikkan oleh Ummi dia..katanya nanti kalau biasa tidur buai susah nak bawa jalan2 ..kena usung buaian tu sekali lah..macamtu lah lebihkurangnya...ada sumber yang menyatakan tidur dalam buaian akan memberikan kesan sampingan pada bahagian otak..betul ke??...sebagai pengasuh , kitaorang akur saja dengan kehedak warisnya, kitaorang buat yang terbaik seadanya.

Batrisiya,
Baby ni manja sikit, mula2 masuk rumah malu2 n segan2 maklumlah dah besar sikit ..boleh beza tempat baru dari kebiasaannya, tapi budak ni cepat mesra dengan kakak n adik, nasib baiklah diorang ada, tapi sekejap ja lah jumpa sebab kena ke sekolah pulak. Bab tidur tak jadi hal..selalunya datang pagi terus sambung tidur, kekadang tu sampai kena kejutkan dia sebab nak mandikan..tak kan tak mandi kot nanti apa pulak kata emak dia..hehehe ada satu yang kena take care sikit pasal budak ni sebab dia elergy pampers..nanti takut kena ruam air pulak., so kena pakai lampin la pulak macam kita kecik2 dulu tu lah.

So, apa apa pun mamaDiana dah biasa dengan karenah bebudak ni, buatlah apa saja yang penting kita happy.

2 comments:

  1. Hebat ar Lu Bro....

    Tahniah....
    Wa suspek ar sama
    lu hehehe

    ReplyDelete
  2. Thanks Bro..lu pon sama gak..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.