Thursday, February 18, 2010 Nazlee Ismail 1 Comments




"Eeee apa nie?"..."tak mau makanlah..tak sedap". "Tak mau sayoq...pait la". "Mama nak roti teloq"...


"Penat sungguh nak melayan selera anak aku yang sorang nih... Makanan apa ya yang bagus?", anak aku ni selalu tak lalu nak makan ..kalau makan pun bila terasa betul2 lapar saja..risau betul, cuma yang tu lah makanan dia hari2, tapi sesekali tu adalah juga jamah nasi..tengok lauk lah..ayam masak kicap.. ok, telur masak kicap ..ok, sayur-sayuran jauh sekali...


Pemakanan adalah antara perkara yang memenigkan kepala aku dan mamaDiana, sebagai ibubapa, korang pun ada juga menghadapi masalah macam nie kan..


Kami nie bukannya mengabaikan pemakanan anak2..masalahnya diaorang yang tak selera makan..ada di kalangan ibubapa yang megabaikan aspek pemakanan anak, diaorang nie bukannya tidak sayang, cuma tidak rasa kepentingan makan makanan seimbang dan bernutrisi untuk anak2, makan asal kenyang sudahlah..boleh ke macam tu??
Harap korang semua pembaca blog boleh bantu aku...terutama bagi anak2 suka kepada sayuran..
Segala nasihat dan cadangan diucapkan ribuan terima kasih.

1 comment:

  1. mcm anak 1st saya tu perhhh hari2 minta "mama nasi telur, jgn bubuh sayur yer...

    tapi saya bubuh jugak...cuma selit2kan bila nak suap dia la tapi kalo mkn sendiri memang abis dia longgokan semua sayur tu.

    try kasi brokoli saya ckp tu bukan sayur tu pokok hahaha sebab nama sayur jek akan jadi masalah utk dia, mix vegi dgn mayonise, kadang2 derang suka sayur yg bukan color hijau..hehe

    tak pon campur jek masa ayam masak kicap tu dengan carrot or brokoli atau cili capsicum try la jgn nampakkan sayur yg color hijoo tu hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.