hari hujung minggu..

Tuesday, February 02, 2010 PCL 0 Comments



Apa yabg anda lakukan bila menjelang hujung minggu..adakah anda menantikan kehadirannya? Sejauuh manakah anda memenfaatkannya..adakah and bosan dengan kehadirannya? ..atau mungkinkah anda kesunyian.? apa sajalah !




Bagi dunia hidupku , hari hujung minggu merupakan sesuatu yang dinanti2kan...yang sudah berkeluarga seperti aku sudah pastinya mempunyai perancangan aktiviti yang akan dilakukan ataupun ia berlalu tanpa dirancang..apa pun pastinya perjalan hari hujung minggu sesuatu yang indah untuk diingati..selain daripada aktiviti kewajiban seharian haruslah diwarnai dengan aktiviti yang melibatkan keseluruhan ahli keluarga bagi megeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Kebiasaannya bagi orang lain , pengisian hujung minggu kebanyakkannya dipenuhi dengan membawa keluaga bersiar2 luar dari kawasan kediaman tapi tidak bagi dunia hidupku..sesekali mungkinlah.




" Ma nak masak apa? " aku bertanya pada mamaDiana, selepas solat subuh berjemaah tadi.


"kita buat MoiSup Sayur ok tak? Lama dah tak makan...teringat mak masak kat rumah KakIntan ari tuh.."

Hujing minggu ..biasalah, kain baju banyak nak dicuci..nasib baiklah kitaorang ada maid senangla sikit..maksud aku mesin basuh kat dobi yang disediakan percuma setakat ini..sampai bila kurang pasti lah perkhidmatan free tuh... kitaorang gunakan dgn secara bijaksan..T.kasih kepada pihak pengurusan..diharap tidak ada yang berdengki dengan kitaorng.


...Semuanya dah beres, tinggal nak lipat jer..haa, bab ni aku baru belajar kat sini..sebelumni tak penah buat, ringan tulang nak membantu n nak ajar anak2 buat, kita kene turun padang sama..baru betoi..kepimpinan melalui teladan., habis 2 bakul kain baju dilipat so apa lagi..preparation masak memasak..kene pergi pasar...pasal membeli aku tak boleh...yang ni serah kat mamaDiana..plan nak masak Moisup Sayur, memang itulah perkakasan yang perlu dibeli..kalau bagi aku , sure ada yang terkeluar dari list...tak boleh pegang duit banyak..asal anak mintak , mesti beli..kekadang tuh kene leter jugak dengan mamaDiana..it's ok.."abanh sayang anak .." selalu jawabku macamtu lah.

Bab memasak selalunya tak jadi masalah sebab aku memang suka...kitaorang gader2gader..potong,cincang,kacau,angkat tu keje akulah tapi last2 aku tau jugak masak resipi ni cuma belum ada kesempatan saja...nanti aku bagi la resipinya untuk korang semua.

Selepas solat Zohor berjemaah,makan,tengok anak buat homework,menonton tv,tidur kejap n
petang sikit selepas solat Asar ..semua pegi gym ..kasi keluar peluh sikit...kat sini kemudahan ada, free pulak tuh, apa lagi..mau ngan takmau sja..adik n kakak memang suka aktiviti ni..aku n mamaDiana maintain sja..timbang berat...tak turun pon..tapi nasib la tak naik berat badan.
Selepas solat Maghrib ..macam biasa , dah almaklum oleh anak2ku masa untuk mengaji n ulangkaji pelajaran, mamaDiana lah jadi guru besar...aku cikgu sandaran jer..hahaha..sikit2 bolehla sebab subjek diorg sekarang ni advance sangat..darjah tiga dah macam tingkatan satu waktu aku dulu....Fuhhh! kene study balik.
"mama...adik L "...selalunya macamtulah hin adik bila dia terasa lapar...so aku goreng telur n bagi 2 kpg roti gardenia..ok la tu..baru boleh tidur..
Berakhirnya hari hujung minggu dunia hidupku...yang penting di sini, apa2 yang kita lakukan perlu keikhlasan hati. .bahagia bukan senang dicari tetapi perlu dihayati..

"Soal rasa, lidah tak boleh bohong" pinjam kata kata mee sedaap.



0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.