Secret Recipe..utk org merajuk !!

Thursday, February 25, 2010 PCL 0 Comments







Sebenarnya dah lama nak ke Secret Recipe..tapi masa tak mengizinkan..sibuk jer memanjang...
Ada orang merajuk tapi bukan sebab tak dapat makan kat tempat tuh..tak tau lah sebabnya mungkin dah lama tak merajuk kot!!
Sedangkan lidah lagi tergigit..tapi tak der hal lah tu..sikit jer.
Sebenarnya aku pun merajuk juga..sebab tu lah jadi macam nie..selalunya aku yang pujuk tapi sekarang nie yang memujuk pun merajuk nak buat macam mana nie...
sebelum amik kakak n adik balik dari sekolah aku singgah jap kat Secret Recipe .
"akak...bagi kat mama kek tu"
"bila abah beli?" tanya adik pulak.
"mesti mama suka nie..kek coklat" sampuk kakak.
"abah beli 3 potong jer tau...nanti kita pi makan kat sana, kita makan puas2 okey!"






Akhirnya aku mengalah...nak harapkan orang tu pujuk tapi aku yang memujuk..
biasalah...nanti korang dah bekeluarga tau la macam mana nak handling kes seperti ini khususnya kaum adam...every things is ok...takder bender pon!


Secret recipe dalam keluarag adalah saling faham memahami antara satu sama lain..
jangan selalu merajuk dan megharapkan dipujuk...sesekali belajar lah memujuk pulak.



0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.