Nanoteknologi Dunia Semakin Mengecil ?

Tuesday, March 23, 2010 PCL 1 Comments


sumber dari : estidotmy

Sejak bermulanya era sains, saintis telah sekian lama mencuba untuk meneroka dimensi yang kecil ini. Bermula dari teori unsur dibina dari susunan atom, saintis meluaskan kajian dan kini atom bukan lagi teori. Malahan saintis sudah mengenalpasti kandungan atom.
Suatu ketika dahulu, kita sekadar dapat melihat unsur seni ini tetapi kini kita mampu mengubahsuai struktur seni tersebut untuk kepelbagaian penggunaan dan telah dikenali sebagai nanaoteknologi. Richard Fhilips Feynman yang beasal dari Amerika Syarikat merupakan saintis yang bertabggungjawab mewarnakan dunia tentang dimensi nanao ini.
Secara amnya,teknologi nano boleh digambarkan sebagai mengubahsuai struktur asas suatu bahan. Nano adalah ukuran yang dipakai dalam fizik yang berdimensi satu per billion meter.
Hasil-hasil dari kajian nanoteknologi telah pun digunakan hari ini. Di Jepun contohnya mereka telah mencipta satu papan tanda jalan yang berubah-ubah tulisannya mengikut peredaran musim. Ini berlaku kerana mereka telah mengubahsuai struktur nano bahan tersebut untuk berubah mengikut suhu.
Di Negara maju lain pula, mereka telah mencipta baju yang hanya sebesar tapak tangan tetapi boleh dipakai orang dewasa. Baju itu akan berubah saiz apabila direndam ke dalam air. Ini semua adalah hasil dari kemampuan kita untuk mengakses dunia yang kecil ini. Teknik ini boleh digunapakai dalam semua bidang dan tidak lama lagi, dunia ini akan dipenuhi dengan hasil dari nanoteknologi. Negara kita juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam arus perkembangan nanoteknologi ini dengan pelancaran pusat Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) pada 19 September 2006 oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggariskan penggunaan nanoteknologi dalam pembangunan sains, teknologi, industri dan ekonomi mampan.

1 comment:

  1. salam kulaan...
    kirip-kirip mata meniring...kada mahartik...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.