Acchooo ! Excause me.....

Monday, April 19, 2010 PCL 1 Comments

Apa pula ungkapan anda ?

Apabila seseorang diantara kamu bersin hendaklah membaca : الحمد لله (segala puji bagi Allah), lantas saudara atau temannya berkata : يرحمك الله (semoga Allah memberi berkah kepadamu), Bila saudara atau temannya berkata demikian bacalah :
يهديكم الله ويصلح بالكم (semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki hatimu).
"Maha Suci Engkau, Ya Allah, aku memuji-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan kecuali Engkau, aku minta ampun dan bertaubat kepada-Mu.

Acchoo!...Excuse me...
Acchoo!...emmh ! selsema pulak...
Acchoo!...aduuuhai..hah!..(lega).

macam2 lagi ungkapan yang biasa kita dengari..



Acchoo!...Alhamdulillah..(jarang sekali aku dengar).


Aku pun terus cakap kepadanya ' Yarhamukillah' (Mudah-mudahan Allah merahmati kamu). alangkah bagus kalau kita sebut ALHAMDULILLAH daripada kita sebut Excuse me...yang tidak membawa sebarang makna , yang kalau ada pun hanya makna MAAFKAN SAYA. Pada aku dia tidak salah apa , tidak perlu minta maaf sebab itu adalah gerakan daripada pencipta kita Allah SWT, bukannya aku dok jolok hidung dia. Wah!..macam marah saja dia dekat aku.










"Bersin merupakan perbuatan yang positif kerana ia memiliki fungsi membersihkan rongga antara hidung, mulut dan tenggorok. Ini adalah perkara yang baik, sedangkan menahan bersih adalah berbahaya kerana boleh menimbulkan beberapa risiko," kata Dr Michael Roizen, kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, seperti dikutip dari Doctoroz.com. Roizen mengungkapkan ada beberapa bahaya yang akan terjadi jika seseorang menahan bersin iaitu boleh menyebabkan patah tulang di tulang rawan hidung, pecah gendang telinga, gangguan pendengaran,VertigoRetina yang terlepas atau mengalami emfisema. Hal yang sebegini akan menyebabkan tubuh berusaha menahan tekanan udarayang tinggi dari bersin. Cedera yang timbul umumnya mempengaruhi struktur bahagian dalam kepala. Emfisema adalah suatu keadaan yang boleh menyerang kanak2 mahupun orang dewasa, keadaan ini sangat berbahaya dan berpotensi menyebabkan kematian. Tanda-tanda yang muncul biasanya wajah atau leher yang membengkak dan timbul rasa ketidak selesaan. "Untuk membantu seseorang agar mudah bersin biasanya dengan cara melihat cahaya terang, hal ini dapat merangsang saraf optik yang melintasi jalur pusat bersin. Selain itu iritasi yang terjadi di saraf dekat pusat bersin juga boleh mebuat seseorang untuk bersin," tambahnya. Saat seseorang bersin biasanya diikuti oleh keluarnya bakteri atau kuman dari dalam tubuh. Hal ini berguna untuk menjaga hidung agar tetap bersih, seringkali bersin terjadi secara berulang-ulang. Jadi jangan biasakan menahan bersin untuk menghindari beberapa risiko tersebut. Tapi jangan lupa untuk menutup mulut dan hidung dengan tangan, tisu, sapu tangan atau lekukan lengan ketika bersin, supaya bakteri dan kuman yang keluar tidak membahayakan orang lain.
Bagi orang2 Islam hendaklah kita berdoa seperti yang disebutkan di atas.

1 comment:

  1. haah betul tu pokcik

    lelaki Yarhamukallah
    perempuan Yarhamukillah
    tengah2? err x pasti lak hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.