Aduuuuuhai !!!..kesahnya.

Wednesday, April 21, 2010 PCL 2 Comments

Nie hah!…kalu takdak keja yg perlu nak buat selalunya aku pi memancing ja bila hari cuti…membar baik aku tu tiap2 minggu…jarang sekali dia ketinggalan..mesti ada ja aktiviti, lagi2 kalu bab memancing nie….Tempat pertama kalinya aku memulakan aktiviti ini ialah kat area Kelanang..tapi menyungkur (menyungkoq) bukannya memancing..pantainya yang mendatar dan dalamnya separuh pinggang hingga beratus meter dari tepi pantai membolehkan aktiviti menyungkur dijalankan di sini. Asal ada air n dapat ikan jadilah…kali nie udang laut la pulak.
kalau tak pandai menyungkur boleh tersungkur nie..


Makaai! Banyak betui udang kat sini..sumua kami kebas…selain udang ada jugak ketam n ikan, kecik2 lepas balik , amik yang besar2 jer…Fuhh! Tak yah beli lauk dah..baik punyer fresh lagi…
Dah penat menyungkur, tempat menghilangkan dahaga kat sini satu2nya ialah kedai kopi pokok ketapang (jeti Tongkah)..kat medan makan tepi pantai tu ade tapi tak best sangat..
Nampak jer ala kampung, tapi masakan emmph! Memang sedap…mengalahkan chef dalam AFC astro..
Orang2 kat sini pon ramah2 la…kebetulan masa kitaorang lepak makan2 ada loving couple..
Memang selalu lepak kat situ, disapanya kitaorang dengan serangkap pantun

“Pulau Pandan jauh ketengah ,Gunung Daik bercabag tiga…aduuuuhai !
Mari sini datang menyinggah, untuk menghilang lapar dahaga…aduuuhai !”
Aku…biasalah tak pandai nak menjawab..erk! balas pantun…tapi kawan aku dengan selambanya ..
“Kami mai dari Kedah…la ni dok keja kat Banting,
datang saja nak menyinggah , nanti mai lagi nak tahan jaring.”

…aduuuhai..datanglah nak oii!!..tak per..tak abehnyer..rezeki tu namanyer..aduuuuhai!!.
Banyak lagi perkara yang kitaorang borakkan…tapi yang tak leh lupa..perkataan aduuuhai mesti ada dalam setiap ayat makcik tu…Makcik Aduuuhai..kalau ke sana , sebut ja nama tu..insyaAllah mesti orang kenal.


2 comments:

  1. salam...
    pak long menyurung ni pakai bot...banyak ulihan...menyurung sampai karoh banyu sungai..

    ReplyDelete
  2. salam paklong,
    selalu sangat makan udang..boleh dpt gaut...
    jgn tasurung buhaya dah la...hahaha.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.