Cikgu jual BARANG !!!!

Wednesday, April 07, 2010 PCL 8 Comments


"Cikgu..boleh ke jual beli masa dalam kelas ??
"Cikgu..boleh ke meniaga benda2 macam ni masa mengajar ??




gambar2 di atas sekadar hiasan saja

Kisahnya bermula di sini...
Kebiasaannya bila balik dari sekolah, adik citer pasal keje sekolah dia jer..tapi kali ni plak dia citer pasal cikgu dia...sambil tunjukkan jelly cup..."mama , adik beli nie...ramai kawan2 adik beli..sedap ma..cikgu kelas adik yang jual".
"adik bawak duit ke ?...selalu tak penah pon.." tanya mama.
"adik amik duit tabung ..." jawab budak yg tak cakap banyak tu..

Sebenarnya aku tak kisah pon kalau beli benda makanan..lagi pon 50 sen jer satu.
perkara nie dah berterusan mulai dari minggu lepas lagi...hari2 dia bawak balik jelly cup..samapai lah dia rasa jemu...

Semalam pulak , sebelum masuk ke dalam kereta sambil tersenyum simpul..
"abah,mama cantik tak..hehehe".
"tak beli jelly dah ?..perli mama.
"cikgu adik tak jual dah..cikgu jual ni plak"..jawab adik sambil tunjuk rantai manik ala2 kristal.

Sekadar ingin kepastian , aku tanya "masa bila cikgu jual bende tu..guru besar tau tak nie.?."
"masa dalam kelas"..jawab adik sikit.
"sebelum ke selepas belajar"..nak kan kepastian lagi..
"masuk kelas, pas tu cikgu tanya kat semua..sapa nak beli ni...cam tu jer..pastu adik tgk ..adik beli la yang nie..."

(dari Rm1 ke rm5...biasala harga budak2..)

Diam seketika, pastu adik cakap lagi.."esok cikgu nak jual mask plak mama..cikgu cakap tadi, sapa yang nak beli mask boleh beli dengan cikgu..harga 50sen..kat koop maha sikit"..
H1N1 dah ada balik ma"..sambung adik lagi.



Kesimpulannya kat sini nak kepastian...adakah perkara sebegini dibenarkan atau di beri kelongarkan kepada yang berkenaan untuk mencari duit poket atau menanamkan minat kepada budak2 supaya belajar berniaga atau saja suka2.













8 comments:

  1. uiks.. bile mase nye cikgu nye nak mengaja klu klas smpai 40 org sume beli .. nak bagi duit baki lagi.. kire ngaja nye kejap je la kan

    ReplyDelete
  2. salam

    tahniah sebab keutarakan isu sebegini dengan baik tanpa tuduhan sembarangan atau kata2 yang tak menyenangkan.. jadi terbuka nak beri pandangan..

    pada pendapatan saya.. apa yang dibuat guru tu TIDAK WAJAR. Tak tahulah kalau dia ada keizinan khas oleh pengetua atau guru besar atas sebab2 tertentu. Namun ikut keadaan biasa.. memang tak patut.

    Kecuali jualan tu di buat pada waktu rehat atau balik dan tentu bukan dalam kelas atau yg mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran.

    ReplyDelete
  3. salam,
    memang ya TIDAK WAJAR.. boleh saja cikgu nak berniaga.. tetapi bukan dalam waktu P&P nyer..

    ReplyDelete
  4. salam buat Kulaan..
    ni memang salah dari segi etika perguruan....kalau aku GB...siap cikgu kena seligi....ko kalau nak meniaga gi pasar malam...

    bah bemamai angah...hehehehe

    ReplyDelete
  5. salam cikwanik, tulah masalahnya..jgn curik masa dan ingat nak meniaga jer...nanti ada pula mak/bapak/kakak suruh anak/adik jual barang plak.
    ----------------
    Irtiyah, t.kasih kerana memberi pendapat..yang penting tingkatkan prestasi..tingkatkan kualiti..
    -----------------
    cikgu isza, mungkin ade kebenaran khas tapi gunalah waktu yang sesuai..
    ------------------
    kulaan ku, kada bemamai kalau angahnya jadi GB.

    Terima Kasih kepada semua..

    ReplyDelete
  6. err nak berniaga tu boleh tapi bukan lah waktu mengajar.. apalah cikgu mcm ni.. melebihkan kepentingan peribadi dari kerjaya hakiki..

    ReplyDelete
  7. cikgu tu dah menyalahi etika perguruan dan blh kena tindakan tatatertib sbb berniaga dalam kelas.. kot ea pun nak berniaga, jgnlah dalam kelas... brg2 gtu boleh je tumpang letak dikoperasi sekolah... boleh je ngadu pada pihak atasan... sebab mmg salah...

    ReplyDelete
  8. dulu masa sekolah rendah ada jugak cikgu yg menjual tp cikgu tu akn bukak kedai sebelum dia mula mengajar pagi2 atau pn waktu akhir sekolah lepas kelas habes

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.