Hang Lahabau !!!!

Friday, April 09, 2010 PCL 4 Comments

Bukan Tuah The Lagend nie...





HANG !!!



Orang belah utargha semenanjung memang ramai yang menggunakan perkataan nie..
dari Perlis sampai la ke Perak utargha no…berbanding dengan negeri2 lain seperti Melaka ada lima Hang seperti mana yang kita belajar dalam buku sejarah Melayu..kalu depa pi mana pon perkataan HANG memang susah nak tinggal..tak semua la..


Bercerita pasai Hang nie.. teringat sorang kawan aku masa sekolah dulu SMSP dari form 1 hingga form 3 dalam tahun 80an..lama dah..masa kitaorang tinggal kat hostel..
dia nie ..kalau perkataan Hang..memang setiasa di mulut..tak kira masa..mungkin dalam solat je dia tinggal sekejap kot.
Nama dia Ismail…bukan nama sebenar, orang panggil dia Mail La Hang ..

Kalau kita tanya dia : “mail hang dah makan?”...gatai pi tanya wat pa.
Dengan spontan dia jawab…
makan la hang !!
Mail..main sini sat….mai sini sat la hang !!


So , di sebabkan dia punya pasal…maka tersebarla penyakit LA HANG ni kat satu asrama dan berjangkit pula satu sekolah…aduhuuuhai !!! kecoh di buatnya…haru biru…
..Haru biru la hang !!


Bodoh boleh belajaq..tapi cakap jangan kurang hajaq..

Lahabau...geram aku.
Masa dalam kelas pon dia buat lagu tu jugak..
Subjek Bahasa , dia wat lawok tak kena tempat..semua pertanyaan cikgu dia ajuk dengan kata “LA HANG !!”..ada ka patut??
Selepas form 3 aku berpindah ke sekolah lain dan sehingga kini tak pernah berjumpa lagi dengan Hang yang sorang ni…
..sorang la hang !!!
Wallaweii !!.
..wallawei la hang !!..
Sudah lah..
..sudah la hang !!!
ngeh..ngeh..ngeh la hang !!


Aku harap budak nie …rasanya dah jadi bapak orang dah kot..insaf segala perbuatannya dan tak menurunkannya kepada anak cucunya...mudah2 an.


Wallah hu a'lam.



4 comments:

  1. ngeh ngeh ngeh
    ooo ini lah yg diperkatakan yer..
    baru faham..
    kena bayar royalti kat CP ni ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  2. salam buat kulaan...
    perkataan fufular pak long...
    .."hang jangan kulir begawi"...

    ReplyDelete
  3. CP , aduuuhhai !!...royaliti la pulak..ngeh ngeh ngeh..

    -----------------------------------------

    Paklong, kulir la hang !!!...aduuuhhai !! amon kainik kada hingkat basurah langsong.

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHAH lawak LA HANGGGG !!
    mane p hilang manusia HANGG tuh?
    p la wat reniuon, sure jumpe die lepasni..
    ngeh ngehh :) i loikeee ur entryy :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.