MONA FATIN...KERAT 14 BAHAGIAN..!

Friday, April 23, 2010 PCL 4 Comments



"Kisah benar MONA FATIN"

Kejadian berlaku di blok E15* Villa Kejora ..malam Jumaat.





1220am
Melintasi guard house, sebuah Mercedeswara hitam meluru laju, tanpa menoleh kepada Wak Salim, pak guard yang bertugas pada malam itu.
1225am
Mercedeswara hitam membelok terus ke Villa Kejora, sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang hening tiada kelibat manusia, kemungkinan peghuni sekitar di sini sedang sibuk menunaikan tanggungjawab masing2 . Bontot Meswara dibuka dan kelihatan sekujur tubuh dari dalam plastik hitam dan berbalut suratkhabar yang dibasahi dengan darah.
1258am
Secara tergesa2 dibawa masuk ke dalam Villa,.. sesekali kedengaran “ketak.. ketuk.. ketak.. ketuk”..bunyi penukul menghentak pisau.
1305am
Peluh jantan meleleh2…pisau sebesar 2 jari digunakan untuk megerat dan memotong tubuh yang montel itu..itulah satu2nya pisau yang ada.
1335am
Beberapa bahagian telah diceraikan dari tubuh…badan di kerat kepada 12 bahagian manakala kepala di belah 2,
Segala isi perut dikeluarkan dan diletakkan dalam bag plastik hitam lain.

.
.
.
.
.
.
.
.









Siap dibasuh dengan air bercampur tepung dan garam untuk menghilangkan bau hanyir.
1345am
Simpan dalam peti sejuk sementara menunggu esok untuk dibahagikan kepada jiran dan dimasak lemak gulai tempoyak…
1355am
Bersiap2 untuk tidur kerana keletihan setelah mengerjakan ikan patin seberat 2.58kg yang dipancing bersama Faisal, aku sebenarnya tukang sauk jer…hahaha!.

.

.








4 comments:

  1. perghh...patin msk asam tempoyak....meleleh ayo lior teman weh...

    ReplyDelete
  2. ish ish ish
    kesian patin tu menjadi mangsa.. belah 14 lak tu..

    ReplyDelete
  3. kalau nak makan tak leh kesian CP..perasaan tu hilang bila teringat masak tempoyak..aduuuhai.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.