Kejujuran Yang Menyakiti

Wednesday, May 12, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments



Sifat jujur biasanya akan member impak yang cukup besar dalam sebuah rumah tangga khususnya di alam perkahwinan. Lelaki yang jujur tidak akan menyakiti hati seorang wanita, sangat setia dalam perhubungan dan boleh dipercayai.

Betulkah dengan bersifat jujur boleh menyelamatkan rumah tangga?? Bagi aku rasanya tak betul tu..

Sebab untuk menjadi lelaki yang sempurna, semua aspek mesti diambil kira dan fahami termasuklah hubungan yang baik dengan Allah SWT.

Lelaki yang baik adalah yang memahami akan tanggungjawabnya kepada keluarga dan juga urusannya dengan Allah SWT…harus diingat, lelaki yang baik tetapi tidak bersolat dan menjaga agamanya tidak berguna juga kerana semua ciri2 itu akan dinilai sebagai kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Lain orang lain ragamnya. Jika sesetengah wanita memilih lelaki jujur dalam hidupnya tetapi berlainan dengan cita rasa sesetengah wanita lain yang mungkin tidak menyukai lelaki yang terlalu jujur.

Antara ungkapan yang biasa di dengar :

"saya ada banyak kekasih sebelum nie, mungkin awak kekasih saya yg ke berapa tah..."

"jangan terlalu mengharap akan cinta saya kerana mungkin kita tidak sehaluan dalam banyak perkara"

Persoalan2 begini, ada kalanya boleh membuat wanita terluka dan tidak hairanlah mereka tidak menyukai lelaki yang terlalu jujur tentang rahsia hatinya.

Realitinya, dalam menjalin sebuah perhubungan, sikap meghormati sangat perlu ada. Baik lelaki maupun wanita, sikap ini saling mendukung dalam sebuah perhubungan.

Tidak dinafikan, sesetengah wanita cepat melatah apabila diberitakan kisah silam pasangan. Mereka akan cuba mencari maklumat itu sehingga ke akar umbi samada melalui kawan2, keluarga dan sebagainya. Sikap ini sebenarnya hanya akan merosakkan sebuah perhubungan sahaja dan tidak hairanlah sebagai lelaki kita perlu bijak mengawal keadan agar situasi ini dapat dikawal.

Jika anda ditanya tentang kisah silam, selagi tiada bukti yang jelas ditunjukkan di depan mata, jangan sesekali mengaku kerana hal2 sebegitu akan hanya menyakiti hati orang yang mendengarnya. Binalah kehidupan yang baru bersama pasangan anda. JANGAN DIUNGKIT KISAH SILAM...yang boleh menyakitkan hati.




5 comments:

  1. jujur bertempat... hehehe

    ReplyDelete
  2. yup jujur memang menyakitkan...saya ambik risiko kalau gatal nk tau masa silam dia akekekeke melatah of course tapi pikir2 nak melenting pon buat ape sendiri cari pasal...akekeke

    ReplyDelete
  3. PCL...suami sy memang menjadi rebutan ramai sblum kami brkhwin.teman wnita mmg ramai...bila ditanya knp," dia jwb....mereka yg sukakan sy...sy hny anggap sbagai kawan....prmpuan anggap lain...sy masih mencari yg sy nak ketika itu.ketika itu mereka nak sy...sy tidak. bila sy jumpa awk...awklah yg sy nak..."dia mmg berterus terang tentang kisah silamnya....

    ReplyDelete
  4. let bygone be bygone. :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum PCL...betul2 tu yg dah lepas biarkan la...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.