Sarapan pagi...

Monday, May 17, 2010 PCL 0 Comments

Salam ceria selalu semoga anda dirahmati dan dimurahkan rezeki..
Sebelum memulakan kerja kita perlulah bersarapan terlebih dahulu untuk mendapatkan kekuatan fizikal dan mental kita..
Sudahkah anda bersarapan, makan apa pagi ni?
Tak kisah la korang bersarapan di mana...yang penting amalan ini adalah perlu dilakukan untuk kebaikan diri sendiri.

Selalunya aku bersarapan kat rumah jer, tapi pagi ni mamaDiana tak sempat pulak nak buatkan..anak2 pegi sekolah awal..ada sambutan hari guru.

Awal2 aku dah sampai kat ofis, lepas antar anak2 pegi sekolah...
kawan2 ofis ajak sarap kat kedai kopi Wak Razak, memang selalu kitaorang makan kat sini..
biasalah ofis aku area kampung, so kat sini memang sedap kalau makan nasi lemak , roti canai, lempeng, dan kuih tradisi...fuhh! best.

"jom bos, Wak Razak..." member ofis ajak sarapan.
sambil makan sambil beramah dengan orang2 kampung yang memang selalunya bertepek kat sini...macam YB la pulak bila bersalaman. Orang kampung kat sini walaupun bertepek kat kedai kopi lama2..nampak biasa2..tapi diaorang ni kebanyakkanya adalah Usahawan IKS.

"bagi saya roti telur , neslo panas.." pesan kawan aku.
"teh o nipis kurang manis, makan.. lempeng " pesan kawan sorang lagi.
aku pun sama tapi lain sikit... "KOteh o kurang manis dan roti canai kosong".
...aku dah cakap seclear mungkin supaya diorang tak pikir benda lain...
tapi ada juga suara sumbang kat sebelah aku "weh ! cakap elok2 sikit...semalam tak dapat ker???..

0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.