Selembut Sotong !..bkn aku yg cakap tau !.

Tuesday, May 18, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments

Salam, nak masak apa yang sedap nie...



eh! korang tau tak menatang ape ni...namanya selalu dikaitkan dengan sifat sesorang, kadangkala ia juga dikaitkan dengan benda2 macam pic bawah ni....hahaha saje jer nak tepek ..tapi ada betulnya kan?
macam sotong kering di jemuran...tak kesah la..tapi awas ek! nanti ada aktiviti mencandat plak kat kawasan perumahan
...






Sebenarnya ada kisah di sebalik tu...

Aku ingin berkongsi cerita mengenai kawan lelaki lembut.Suatu ketika dulu aku pernah belajar bersama pelajar lelaki lembut.Aku namakan dia ni ..Yusof (chup).Ketika itu Chup ni berada di Tingkatan empat.Orangnya memang cantik dan slim, mengalahkan perempuan.Kerja rumah yang cikgu bagi memang kemas dan dia ni memang baik.Tapi malangnya dia ni selalu diejek dan dipermainkan oleh pelajar-pelajar nakal. Sebabnya kat sekolah aku tu tak der perempuan.."wei ! sotong , hang mai sini"..Geram juga aku dengan sikap pelajar yng suka mengejek peribadi orang lain...jangan ingat aku geram kat dia plak...siut ! hahaha.


Selalu aku nasihatkan kawan2 lain agar tidak mengejek Chup dan bergaul dengan dia ni dengan baik.Semoga dengan cara macam ni, ia akan membantu Chup untuk kembali kepada fitrahnya yang asal.

Tapi,mungkin Chup tak tahan diejek dan mungkin juga ada kejadian yang tak diduga lagi memalukan...apa lagi kes ****t la..,dia pun berhenti sekolah.Selepas lebih kurang 5 tahun,aku bertemunya kembali .Terkejut tengok penampliannya yang bermake-up..m
emang nampak jambu.. sambil bergelak ketawa dengan seorang lelaki yang lebih berusia darinya.

Kali kedua aku berjumpa lagi dengannya di sebuah restoran untuk mebeli sarapan .Ucup masih lagi bersama lelaki tersebu
t.Kami saling berbalas senyuman dan bertegur sapa...dia bagitau namanya sekarang Yus.. dia dari Kuala Lumpur.Tapi aku masih ingat lagi ayatnya...."Dulu lain.Sekarang lain"...aku tengok sama je dulu dan sekarang....rasanya lebih lagi kot dengan gaya penampilan nyah...mungkin saja untuk mengingatkan aku yang dia ni adalah seorang lelaki..Selepas itu aku beredar dari situ..

Aku tak malu untuk mengaku dia ni sebagai kawan cuma aku sedih dengan sikap masyarakat yang suka mengejek orang seperti dia ni. Sepatutnya kita membantu dia ni kembali kepada asal.Dapat tolong sikit pun tak pelah.Dapat juga pahala.Kalau kita tak dapat menolong, janganlah kita menyumbang kepada kerosakan hidup golongan ini dengan mencaci dan menghina.

Sebagai pengajaran dari cerita ini, kepada
ibubapa janganlah didik anak lelaki macam perempuan.Kalau tengok anak dah ada gaya nyah....hantarlah pergi buat aktiviti2 lasak seperti taekwando ker,silat ker...Yang penting banyakkan bedoa untuk kebahagiaan anak dunia dan akhirat.

“Robbana hab lana min azwaajina wa zurriyyaatina qurrota a’yun, waja'lna lil mutaqiina imama”


Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa”


Semoga Allah Taala memberi taifik dan hidayah kepada kawan ku Yusuf...(Amin).





7 comments:

  1. btol tu pakcikLie, diorg tak minta pun dilahirkan begitu...secara natural nya mmg lembut...gaya berjalan,bercakap...tp ada juga yg fizikal mmg susuk tubuh sasa lg..tp tang sore plak lemah lembut...yg penting janganlah diejek2, takut kecik ati trus takmo campur ngan org biasa trus bercampur ngan golongan2 lembut lg la aktif aktiviti diorg...kena bg sokongan kat diorg supaya takdelah rasa tersisih..nak buat yg bukan2 pun segan kat org keliling

    ReplyDelete
  2. sz/m.a.s.s , kalau disisih lagi tersisih camtulah lumrahnya.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam singgah...

    mmg betul semestinyer kita cuba sama2 bimbing dia...mana yg kita mampu.

    ReplyDelete
  5. salam, nak lentur buluh biar dr rebungnya..jgn terlambat...mudah2an kwn pakcik tu akan mendapat hidayah.

    ReplyDelete
  6. subhanallah.... dah banyak kita lihat tapi nak buat macam mana......

    ReplyDelete
  7. aku pun banyak jugak kawan yang lembut ni. aku doakan diorang berubahlah..plus, aku ada jugak ajak diorang main bola dengan lepak mapley tengok game bola.haha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.