Tak tau ..tanya, jangan main ikut saja!

Monday, May 10, 2010 Nazlee Ismail 2 Comments


Kisah1:

"Sembahyang tak susah, ikut je apa imam buat" pesan imam.

Allahu akhbar.

Tiba-tiba imam gatal telinga. Garu telinga.

Makmum pun semua garu telinga.

Imam gatal tekak, terbatuk la imam.

Makmum pun turut batuk-batuk.

Nak jadi cerita, lipas lalu atas kaki imam. Imam pun hentakkan kaki, nak halau lipas.

Makmum pun masing-masing hentakkan kaki. Imam hentak sekali je, tapi makmum bantai banyak kali...

Selesai sembahyang, lalu seorang makmum bertanya imam,

“Imam, tadi takpa ke saya tak hentak kaki, sebab kaki saya naik kebas….”

Kisah 2.

Imam baca ayat Quran dengan begitu lantang dan merdu, tetapi tiba-tiba tersalah baca….

Lalu makmum di belakang imam tegur,

“Salah tu mam….bukan macam tu”

Makmum di sebelah mencelah,

“Betul…betul…betul….”

Makmum yang lain menyampuk,

“Woi, dalam sembahyang mana boleh cakap, batal !”

Bersuara makmum lain,

“Nasib baik aku tak cakap”

Yang lain menyampuk,

“Cakap jugak tu”

Lagi makmum bersuara,

“Batal semua, aku sorang tak….”

Makmum yang dari tadi diam pun bersuara jugak,

“Bukan macam tu cara tegur imam daa…..”


p/s : sebenarnya kita nie bukanlah jahil sangat bab2 agama tapi saja malu nak bertanya..main ikut je.., sebaiknya carilah guru agama atau para ulamak dalam proses pembelajar agama supaya tidak terpesong dari landasannya.

Wallahu'alam.


2 comments:

  1. btol2..
    malu bertanya sesat jln..=)

    ReplyDelete
  2. sangattt betul! kadang2 main ikut je tak tahu hujung pangkal! huhuhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.