Yang terbaik ...Bro !

Monday, May 10, 2010 Nazlee Ismail 0 Comments

Anda bagaimana ??
Sempena hari ibu semalam...apa yg telah kita lakukan!
Dunia Hidupku menyikap kembali peristiwa semalam...

8Mei2010, lebih kurang pukul 10mlm selepas tengok AF , kitaorang sekeluarga pegi makan kat restoran , adik n kakak sentiasa rasa lapar bila time macam nie, selalunya mamaDiana dah siapkan masakan utk diaorang nie, tapi sempena hari ibu aku saja ajak makan kat luar . Suasana kat rumah kekadang rasa bosan bukannya apa...panas takda aircond..lagi pon boleh sembang2 dengan mood yg lain sikit. Lepas makan jalan2 cuci mata sikit tengok apa yang ada kat uptown Banting..mata boleh cuci tapi teling pulak yg sakit...karaok tah apa2..konon nak tujukan lagu utk ibu2..tapi kalu ibu diorang dengar tak tau lah..boleh sakit jantung kot!

9Mei2010, pukul 12 lebih kitaorang sampai kat rumah, Kakak n adik terus masuk bilik , diorang ada plan sesuatu untuk mama diaorang, kakak keluar dengan senyuman.."mama selamat hari ibu..nie ada hadiah utk mama". Adik pon sama juga..."mama adik tak da hadiah la..tp adik buat kad nie ja utk mama..adik tinggal syiling ja maa...ok tak ma?".Mama pon terus berpelukan dgn anak2nya...terharu la pulak aku.

Aku teringat pulak kat mak aku kat kampung...so malam2 buta cam nie sms ja lah..
"Ya Allah, kurniakanlah kebahagian kepada ibuku ini, ibuku yang cantik, kuat dan sabar..aku sangat menyayanginya...." , dan sms seterusnya yang sama buat ibumertuaku.
Pukul 4am aku tersedar dari tidur oleh reply ringtone sms dari bondaku "Semoga Doa Ibu Allah Peliharakan"..ringkas saja, biasanya mak dan ayahku dah bangun awal memasak untuk bisnes kedai kopinya.

Pagi2 lagi aku dah bersiap2 kat dapur , buat sarapan nasi goreng untuk diaorang, mamaDiana masih kat bilik lagi n anak2 ku kat bilik diaorang , pon sama jugak...semalam tidur lewat...hari minggu lagi lewat la bangun....biarlah sekali sekala.

Pukul 9am , aku ajak mamaDiana pegi pasar, beli ikan lampam 2 ekor n isi ikan patin sepotong...hari nie aku masak!
Masak memasak nie aku dah biasa, tak lah janggal sangat kat dapur...manu masakan aku simple ja.. febret kitaorang lah nie..masak cili daun kari ikan patin n masak kicap ikan lampam..masak lebih sikit utuk malam sekali.

Aku tengok, sepanjang hari tu, mamaDiana happy sangat..mungkin apa yang dia harapkan tercapai..sebenarnya aku tak penah tanya pon apa yang dia nak sempena hari ibu.
Begitu juga harapan ku pada bondaku dan ibu2 sekalian.

0 Comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.