Kerisauan melanda.....

Thursday, June 03, 2010 PCL 4 Comments



Cuak rasanya semalam bila tetiba anak dara yang kecik tu demam..apa taknya sekarang ni tengah exam sebelum cuti sekolah..sekejap baik lepas tu demam balik..dah pegi kelinik tapi doktor kata demam biasa saja..Alhamdulillah Umairah nampak ok dah..dah pegi sekolah pon tegahari tadi...harap dia tak demam dah...kalau demam jugak mesti kena pegi hospital..

Apa yang merisaukan lagi bila dapat berita mengatakan ada kes denggi kat kawasan aku nie..dalam kuarters yang sentiasa dijaga rapi kebersihannya oleh kontraktor lanscape pon tak terkecuali dari serangan denggi...aduh! memang cukup merisaukan !. Mungkin nyamuk aedes nie datang dari luar iaitu di tapak binaan sebelah kuarters..




3 hari lepas anak jagaan kami ..Bartisya disahkan denggi dan sekarang masih lagi ditahan diwad, dan baru pagi tadi ada seorang lagi pekerja binaan dimasukkan ke hospital disyakki denggi.
Pihak berkenaan telah membuat aduan kepada Jabatan Kesihatan dan dikhabarkan petang ini mereka datang untuk membuat semburan asap (foging) di Kawasan dalam kuarters..
Sebelum nie semburan asap telah dibuat minggu lepas tetapi hanya di kawasan sekitar kampung2 berhampiran saja.., mungkin ini menyebabkan nyamuk2 ini berpindah ke kawasan kami...

Untuk langkah berjaga2...aku akan pastikan diaorang tak keluar rumah dan tak akan buka tingkap waktu senja...sebabnya apa yang aku dapat info dari ibu Bartisya yang diaorang nie selalu buka tingkap tiap2 petang sampai ke pagi esoknya.. "nak dapatkan udara segar dari luar...bahang panas waktu siang tak keluar sebab tu kena buka tingkap2"...katanya.




Aku harap korang pon kena berjaga2 jugak...pastikan kawasan sekitar bebas dari nyamuk aedes..

p/s : dulu kat kampung2 tak ada denggi pulak..pakai kelambu bila tidur.



4 comments:

  1. ermmm..btol tu mmg risaulah...nyamuk ni susah nak dikenalpasti jenis apa, nyamus aedes ke nyamuk biasa ke...apa pun semoga kita dijauhkan drpd penyakit2 ini...
    kat kampung ari tu heboh pasal chikugunya...punca drpd nyamuk juga....

    ReplyDelete
  2. yup!
    jaga kebesihan persekitaran.

    denggi sekarang berleluasa!

    ReplyDelete
  3. Sz/mass, kat sini denggi, kat kpg cikungnya...nyamuk2..Lu punya pasal bikin org susah hati.

    sItEDI, dalam duk jaga2 nie...

    ReplyDelete
  4. salam kulaan...
    denggi dan dengki..sama ganaznya..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.