MengIDAM !!

Tuesday, June 15, 2010 PCL 14 Comments


Buah jentik


Sapa pulak yang mengidam nie...
Kalau isteri yang mengidam..cari la benda2 yang senang yer..jangan nyusahkan para suami plak!!

Ini ada satu kes mengidam buah jejentik..yang mengidamnya bukan pompuan tapi lelaki...haaa tu yg payah tu..belum bebini lagi dah buat hal macam nie..aduuuuhai..opismate akulah nie!

Sebelum aku balik kampung lagi dah pesan jangan lupa pasai buah jejentik..maklumlah belah utara dulunya memang banyak buah macam nie..korang biasa makan ke?? Tanya kat mak mentua kot2 dia tau mana boleh dapat buah nie...alih2 mak mentua pandang semacam jer..ingat nak dapat cucu lagi kot.

Pasar tani, pasar2 malam semuanya tak dak jual buah jejentik...aku dah mati akai nak cari tang mana...sememangnya buah jenis nie tak jual kat mana2 pon. Tanya kat peniaga buah, diorang kata bukan musim lagi..buah jejentik nie kalau ada pon masa nak abis musim buah..la ni baru nak mula..patut la pon cari tak jumpa..

Last sekali aku penah makan buah nie masa aku darjah enam...hehee lama dah , hampir lupa aku cm na rupa dia...kalau nak makan isinya kena jentik dulu.."pegang tangkainya , lepas tu jentik.. bahagian kulitnya akan terbuka...isinya cm rambai, rasanya pon lebihkurang sama jugak..tapi saiznya agak kecik sikit..
So kalau korang ada info mana boleh aku dapat buah jejentik..bagitau aku..okeh !

p/s : buah jejentik@jentik ..bukan jentik2 (anak nyamuk)



14 comments:

  1. uiks!

    x pernah tgk buah ni!
    comel je isinya

    ReplyDelete
  2. penah mkn sekali je buah ni..masa tu ikut p dusun tok kawan baik kat jitra...pastu mmg tak penah jupe dah buah ni...

    ReplyDelete
  3. xpena tgk, dengar pun ini lah first time..tgk rupa mcm sedap....hehehe

    ReplyDelete
  4. Buah nie memang sempoi ! susah nak jumpa..memang belah utara ja kalu nk jumpa pon...

    ReplyDelete
  5. ermmm..x pernah makan buah nie...

    ReplyDelete
  6. errr... macam nak rasa gak jer....

    ReplyDelete
  7. waa buah nie..lama x mkn..jentik2 bg kuar kulit pas 2 mkn buah..msm2 manis..sedap sgt..=

    ReplyDelete
  8. OOwh! kena jentik dulu yer baru bole makn isinya..

    ReplyDelete
  9. untuk hilangkan rasa mengidam kawan awak tu, jentik jer telinganya kuat-kuat .. lepas tu lari !

    ReplyDelete
  10. uit..1st time dengar..mmg susah nk jumpa

    ReplyDelete
  11. salam...

    tak pernah dengar buah jentik ni...

    ReplyDelete
  12. tgk rupa cm buah rambai je...tp isi buah rambai putih..kalo rambai mmg masak time akhir musim buah...huhu

    ReplyDelete
  13. Eden masih mencari buah ni..sapo yg dapat info bole jd menantu opah den ni weh!!

    ReplyDelete
  14. Salam.. x pernah jumpa pun buah ni... sapa2 yg ada bak mai sikit.. rasa mcm ngidam jugak laa.. hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.