OLe-Ole dari kami...

Wednesday, June 16, 2010 PCL 13 Comments

MMOOOhhhhh!!! kulit aku pon ko makan ke !!!




Mak aiii! kulit lembu..boleh makan ke??
arrr nie dia ole2 dari Banting untuk orang Sp..



korang penah rasa tak?


Ari tu sebelum balik kampung, kitaorang pikir apa yang nak di bawa ke sana...
mamaDiana col mak dia tanya pasal benda nie kat sana ada tak....katanya kalau kulit lembu tak penah jumpa lagi orang jual..untuk buat gendag adalah ...so , kalau dah cerita pasal bende makan lagi2 bende makan pelik, mak mentua aku memang excited...walaupun kolestrol tinggi...sekali sekala katanya.
Adik ipar aku cakap..setakat bawak balik kulit lembu wat pa..bawak la lembu sekor utk wat bbq..kuang asam toi!!...Diaorang kat sana tak penah terlintas nak makan kulit lembu...sama la , aku pon first time makan kat umah org kenduri kat sini...dah makan baru diorang bagitau ...wuuiiich!! memang sedap!, masak lemak cili

..WoW!!.

Tak mau citer pasal tu tapi citer pasal proses kulit lembu..ni pon tau sikit je dari orang2 sini..biasanya orang Indon/Jawa jer suka makan cm nie..
Selalu nya kalu musim korban ker.. diaorang ini akan ambil kulit2 tuh..setelah disiat kulitnya dan dibersihkan dahulu sebelum dipotong kecil bagi memudah proses pembakaran...
Tujuan utama kulit dibakar adalah untuk membuang bulu roma yang keras tuh... kulit dibakar sehingga hitam macam arang... setelah dipastikan semua bulu terbakar.. pembakaran juga bertujuan untuk membuang air/penyejatan supaya kulit menjadi tahan lebih lama..
Kulit yang hangus dikikis bagi membuang arang dan juga bulu2 sehingga ianya menjadi bersih semula.. kikis pun ala kadar je laa... selepas itu, kulit akan dipotong lebih kecil dan dijemur di panas terik matahari bagi memastikan ianya benar2 kering.. tahan lebih lama.
Kulit yang dijemur akan menjadi keras.. apabila hendak dimasak, ianya perlu direndam terlebih dahulu di dalam air bagi melembutkannya semula... kalu dah kembang.. rasa kulit kenyal2 jer ..heheeh..
Tapi sekarang nie tak payah susah2..pegi beli jer kat pasar2 tani..mesti jumpa punya...sebab kat sini dah ada kilang (IKS) memproses kulit lembu, lebih bersih n berkualiti...nak try..sekilo Rm8.00 jer.

p/s : pasal mak mentua aku nak sangat makan bende nie, sampai sanggup patah balik amik kat Perak..tertinggal dlm fridge masa aku singgah umah mak aku..


13 comments:

  1. Huhu..kulit..kalo perut tu bolehhh..

    ReplyDelete
  2. MRS.K : kenapa nehi..bende bole mkn..mkn je la..

    ReplyDelete
  3. Purpleroses : sama jer kalu tak cakap tak tau pon bende yg dimakan tu..

    ReplyDelete
  4. walaweh..kulit lembu..sdp sgt ke? ish rasanya fyza mst x ley mkn..huhu..mata dok terbayang kulit lembu ja.hoho

    ReplyDelete
  5. huh.. bukak2 page nampak lembu. scroll bawah.... kulit lembu.. (-.-") sy tak reti makan even nenek selalu masak. sedap ke?

    ReplyDelete
  6. FyZa : mkn dulu baru tnya...tp jgn paksa diri..

    ReplyDelete
  7. MaryamJamilah : proses baik punya...blm cuba blm tau..hehehe.

    ReplyDelete
  8. yooo! hehe

    eh kulit lembu erk...kalo kat medan dia pakai kulit kerbau. Sedap ade yg goreng macam keropok...layann giless time tengok2 bola...rasa perhh ala-ala makan keropok batu gitu...agak2 sakit gg toksa makan erk silap2 tertelan gg sendiri pon tak perasan :)

    ReplyDelete
  9. ohh sedap ke kulit lembu...slalu makan daging atau hati lembu saja...

    ReplyDelete
  10. Bitt : memang ori dr sana...so diorang dtg sini buat cm tu, Layan bola dgn kerpok..lenguh habih mulut..hahaha.

    ReplyDelete
  11. maidatul : bole try la sedap jgk..cm sotong rendam..

    ReplyDelete
  12. Woi..tak pernah tau pula....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.