Anda Stress ??

Tuesday, July 20, 2010 PCL 10 Comments

takder kawan baik ...



Sedih sangat bila ada kawan baik yang mengaku dia kawan baik, tapi sebenarnya dia tak de lah baik mane pon.

Sedih sangat bila masa dia perlukan semangat, orang nak gosok belakang dia, kita la orang tuh, tapi setiap kali kita perlu dia untuk bagi semangat kat kita, dia tak ade.

Tau tak ?, kawan baik, walau sebaik mana pon dia dengan kita, masih dia punyai kehidupan sendiri. Jadi tak payah la harap lebih.

Dah ada isteri dan keluarga sendiri..semuanya perlu dihargai..

Kawan baik tu subjektif sangat.

Semua orang boleh jadi kawan baik dan boleh ada kawan baik , tapi setakat mana?..perlukah sama seperti sebelum berumahtangga… Kawan baik boleh buat kita gembira dan juga 'down in the dump'. Bila gembira tak ada masalah. Tapi bila miserable, macam mana nak pupuk balik kegembiraan tanpa kawan baik di sisi?..tapi kadangkala merimaskan juga..semua masalah nak cite dan asyik ke mana megajak kita jer.

Walau anda punya kawan baik yang tak selalu di sisi, usah sedih atau stress. Tabahkan hati. Kalau tak de orang nak dengar masalah anda, cari la alternatif lain.

Aku nak kongsi berkenaan cara mengatasi stress dalam diri. Harap dapat bantu sesiapa yang tak stabil dari segi mental. Hee..hee !



1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stress adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut professional.
(kalau ada kawan baik/pasangan, boleh la minta tolong kejap.)

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stress yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stress.

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stress yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.


selamat mencuba!


sumber: miosh.net


p/s : Jadikanlah pasangan kita sebagai kawan terbaik seumur hidup.


10 comments:

  1. TQ tips.
    aku mmg xde kawan baik. boleh ikut tips ni
    eekekekek

    ReplyDelete
  2. kawan baikku sudah semestinya x-boipren,x-tunang yg kini naik status suami...heheeh

    kawan2 lain sy bg jawatan "kawan rapat"...

    betullah mcm PL kata, msg2 dah punya kehidupan sendiri...

    ReplyDelete
  3. sI tEDI , sama2..jgn tidur lebih2.


    Sz , hahaa..dari dulu kini dan selama-lamanya lah.

    ReplyDelete
  4. salam..kawan yg baik adalah seseorang yg tahu lagu di hati kita dan boleh menyanyikannya bersama2..jika psangan anda tahu lagu itu, dialah kawan baik anda....

    ReplyDelete
  5. Sahromnasrudin , sungguh simbolik maksudnya...lagumana tu?

    ReplyDelete
  6. tengs 4 sharing..setuju sgt2 pasal kwn baek 2..cmna pun dia ada gak khdupan sndri..;)

    ReplyDelete
  7. salam kenal..thx bagi tips..syukur sehingga ke hari ini sy masih ada kwn baik..kalo bertekak sekali sekala tu biasalah..hehehe..

    ReplyDelete
  8. salam....kawan baik adalah kwn yg sama2 susah dan senang walaupun dah berumahtangga. bagaimanapun mesti ada batasnya utk kebaikkan kedua2 pihak. kwn baik kami tidak serapat mana tp dia pasti ada bila kami memerlukan dan begitu sebaliknya..

    ReplyDelete
  9. bila baca petua no. 1 tu tentang tidur sejenak, teringat saya akan seorang bekas PM yang telah mengamalkannya. tapi terlebih sikit .. berjenak-jenak. hehe

    ReplyDelete
  10. tergelak baca komen al-lavendari hahaha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.