Angkat Tangan !!

Tuesday, July 13, 2010 PCL 6 Comments


Apa maksud angkat tangan??
...menyerah kalah...erk! itu kalau angkat kedua blah tangan..

Kalau zaman aku skolah dulu, maksudnya nak jawab soalan cikgu atau nak mintak kebenaran cikgu bila nak pegi tandas..huhu mcm2 hal la.

Sekarang ni ramai jugak orang angkat tangan (kalau korang perasan la) , pon2... pin2..sambil angkat tangan.. entah kenal tidak tak tau la..tak kesahlah yang penting rakyat M'sia ni memang ramah orangnya..

Satu hari berapa kali agaknya angkat tangan dekat Pakguard...keluar masuk opis, sekolah, apartment dan sebagainya..
tu tak kira lagi kawan2 , sedaramara, Pak Imam...on de way sesama cari rezeki...
pantang muka lebih kurang kenal je terus angkat tangan ...
sesekali salah orang plak...dia wt dont know jer...huhu malu eh!

Angkat tangan tanda ucap salam...seharusnya kita ucap dalam hati kalau orang tu jauh dari kedudukan kita, sekurang2nya kita dapat pahala. Tapi kalau angkat tangan kosong jer (tanpa ucap salam)..senyum pon tidak..apa yang kita dapat!.

So , lepas nie kalau nk angkat tangan kat sape2 yang kita kenali (especialy 4 muslim)..ucaplah salam sama dalam hati moga2 dapat rahmat atas keikhlasan kita tu..


urghhh!.cik google angkat tangan pada ku...marah ke !

p/s : menaip entri sambil angkat sebelah tangan tanda OK...(member ajak pegi pantry..minum dulu!)

..


6 comments:

  1. angkat tangan tujuan elok ok je...
    ngan jiran2 bila terserempak...tak sempat bersapa angkat tangan je la...
    :)

    ReplyDelete
  2. trime kasih follow blog sy..sy add blog tuan tanah ke blog list saya ye..selamat berblogging :-)

    ReplyDelete
  3. lenguh tangan jugak tengok cik abang membalas sapa kwn2.."sapa x kenal"..katanya...ego la plak!.

    ReplyDelete
  4. hahah... cun gambar tu.. btw nice blog weh

    ReplyDelete
  5. kuceng 2 sgt comey..keh3..;)

    pakcik lie sht (smbil angkt tgn) haha

    ReplyDelete
  6. sesekali angkat tangan juga
    lama sangat pegang mouse...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.