Morning Sickness ?

Wednesday, July 21, 2010 Nazlee Ismail 11 Comments

Budget bagus jer..!!

Setakat teh tarik dalam gelas masuk lalat..aku rejam jer lepas tu buang lalat tu, boleh minum !

Setakat meja kotor sikit, alas meja berkulat ..takde hal..bole lepak lagi !

Aku pon pengotor jugak orangnya kekadang tu…tapi takde lah sampai hujung kuku hitam berselepat dengan kotoran…uuuuwek!...nak berniaga kena lah jaga kebersihan diri..tak pon pakai jer sarung tangan ..takder la pelanggan nampak !

Kejadian nie berlaku masa aku nak beli kuih untuk sarapan pagi.., aku bukan cerewet tapi aku suka memerhati….bila ditanya “kuih2 nie akak buat sendiri ke ?”…dengan bangga dia jawab “ ye la, kenapa?”.
Aku pon tak tau nak pilih kuih yang mana…

Bulan Ramadhan dah nak dekat..mestilah ramai peniaga2 part time kan…so, kalau kita berhajat nak berniaga terutama barang makanan..jangan lah buat lebih kurang jer…nanti pulangannya pon lebihkurang jugak.
Aku bukan nak merendah2kan mereka yang mencari rezeki seumpama ini, aku pon pernah berniaga di pasar malam dan Bazar Ramadhan…tak dinafikan sungguh menyeronokkan dan memberi pulangan yang baik jika kena gayanya.

Adakah itu rahsia kesedapan dan keenakkan kuih muih akak tu….!




google : "meh sini cikgu nak tengok kuku kamu...cakap kat mak kamu juga ek..kena jaga kebersihan
kuku..ok !!"



p/s : kuku jari kelingking biasanya utk apa ye??
..
-

11 comments:

  1. ha ha ha
    betullah.
    kalau kuih sedap mana pun, tp tgk jurujula selekeh dan kotor. terbantut selera

    ReplyDelete
  2. salam..klu nak niaga makanan, biarlah ikut anak tekak kita...baru berkat selamat heheheheh

    ReplyDelete
  3. ihikss...kalo beli kuih petang2...jadik afternoon/evening sickness la ye...
    :p

    ReplyDelete
  4. Sz : eh memandai ja no...perut i slim lg blm npk tanda2 sicknes tu..

    ReplyDelete
  5. owh tidakkk....bila morning sickness saya akan muntah...kalo cenggitu kejadian dia mesti saya terus cakap owh kak saya morning sickness tak jadi beli nak balik...agegeggee

    ReplyDelete
  6. orang yang meniaga kuih tu pun satu.. len kali dah tau jual makanan kena la jaga hygiene sikit.. bila orang tamau datang marah cakap kedai lain pakai mandrem la ade orang suda bagi sihir la.. duit je nak, customer punya kesihatan letak belakang.. haih

    ReplyDelete
  7. org cina..kalo jari kelingking tu guna utk korek hidung..hihihi..biasanya ar..

    sy pun tgk kebersihan org tu gak kalo nk beli..mcm jiran sy jual laksa..sy x belilah..taik kucing bersepah dpn umah..bau busuk..uweeekk!!

    ReplyDelete
  8. eee..selekehnye peniaga tu...

    ReplyDelete
  9. patutla kuih dia sedap hehe

    ReplyDelete
  10. ehe.. ingtkan pakcik lie nk cite psl morning sickness... lain pulak dr tajuk ye.

    emm setuju gak pasal part peniaga part time di bazar ramadhan tu.. rs geram dan x ikhlas je bila makanan yg di beli tak tau apa rsnye..

    ReplyDelete
  11. paling tak suka tgk orang kuku panjang..yarkhh!!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.