Sikap kita ! (2)

Monday, July 12, 2010 PCL 6 Comments



"Bahlol punyer ayam..kalau nak lintas tengok la kiri kanan dulu"...itu yang terkeluar dari mulut si mamat ni bila terperanjat kan ayam yang tetiba melintas depan keta dia...
kebetulan aku dan beberapa rakan lain menumpang keta dia pagi tadi.

Si mamat ni memang suka bersiar2 hujung minggu bersama2 anaknya menaiki kereta. Senang cakap lah dia nie lebih kurang cm bapak mithali lah(mithali ke kalu dgn org lain maki hamun bagai..)..dengan anak isteri tak penah meninggi suara plak (eh cmner aku tau..org ckp la)

Katanya.."kalau nak rapat dengan anak2..kita kena belai mereka..kita kena jadi kawan mereka dulu sebelum meraka punyai kawan2 lain di luar sana"..

Memang bagus apa yang disarankan tu..tapi dalam bagus2 mamat ni, ada yang tak bagusnya dengan dia ni...mulutnya yang tak boleh blah tu uncontrol...owh! baddd...haram jaddd!..buduh! n segala maki hamun lagi , senang sangat keluar dari mulutnya...lebih2 lagi dalam meeting dengan client.

Takut juga kan dalam mendidik anak2 yang kian membesar..mereka telah terdedah dengan maki hamun semua ni..
Kanak2 memang cepat belajar...selalunya mereka belajar dengan cara meniru gaya orang yang dekat dengan mereka.

p/s : Jangan sesekali terbawa balik sikap yang tak baik tu ke rumah kita...tinggalkan jer kat situ takder sapa yang nak amik.


6 comments:

  1. kdg2 kiat tak perasan cara dan sikap kita yg negatif jadi perhatian anak2

    ReplyDelete
  2. anak2 ni belajar melalui pemerhatian..apa yg dia tengok apa yg dia dengar..itu la yg dibuat...huhuhu....kena cakap/buat perkara elok2 saje..tak kira la depan ke belakang dia..hehhee..takut tak perasan :)

    ReplyDelete
  3. sokong kata pakciklie
    jangan bawa perangai / perkara buruk balik ke rumah

    tinggalkan je kat mana2 - hehehe

    ReplyDelete
  4. salam , kalau terlebih belai plak cmner pakcik...
    manja sangat sampai nk suruh wt pe pn liat !..

    ReplyDelete
  5. dayna , memadailah..jangan lebeh2 plak..nt kepala kita dipijaknya...nauzubillah.

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..pertama kali berkunjung ke blog ini..entri yang ringan tetapi cukup sinis..penuh makna yg tersembunyi..saya follow blog tuan tanah ya...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.