Laman Dapur...

Friday, August 06, 2010 PCL 15 Comments

botol minyak masak 5kg pon bole jd pasu..save cos..


Salam utk semua…

Esok n lusa ada dua hari cuti..aku plan nak semakkan laman dapur dgn tanaman sayur..

Rasanya cm nak tanam timun la plak…tgk gambar atas tu...eiiii geramnya...tengokla nanti cmner...


Ada sikit info dari Jabatan Pertanian nk share dgn korang yg berminat… bkn nk wt bisness ye..saja suka2 okey !..

Panduan Menanan Timun

Secara ringkas dan ini adalah untuk tanaman dalam pasu dan bekas2 Lain saja..

Gunakan tanah campuran yg mengandungi 3 bhg tanah. 1 bhg tahi ayam reput/kompos dan 1 bhg pasir. Isikan pasu dgn tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.

Semai terus 2 biji benih kedalam pasu sedalam 2.5cm. Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

Gunakan rumput2 kering sebagai sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Gunakan kayu pancang berukuran 2m panjang untuk menyokong pokok memanjat.

Timun memerlukan lembapan yg cukup utk terus hidup subur. Siram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hujan.

Tabur 1 sudu teh baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu.

Kawalan rumpai sangat perlu, kerja merumput dilakukan dgn mencabut rumput di sekeliling pokok.

Untuk kawalan serangga dan penyakit seperti kumbang daun, sembur dgn racun serangga cypermethrin. Untuk kawalan kutu daun, sembur dgn racun malathion. Kawalan kulapok berdebu dilakukan dgn menyembur hexaconaxole. Semburan dilakukan mengikut kadar yg disyorkan.

sumber : Jabatan Pertanian Malaysia


Mulalah memetik hasil 7-8 minggu slepas memanam…itu pon kalau menjadi….jom la kita try… bole ke???

p/s : sesuai utk pekebun separuh masa n ofCoz RAJIN..


15 comments:

  1. ihiksss...
    tak layak mohon jawatan pekebun yang rajin itu! ;p

    ReplyDelete
  2. erm...x rajin berkebun..haha..
    mak rajin..ekekeke..

    ReplyDelete
  3. kalau diikutkan rajin..semua benda bole buat...npk cm senang je pakcik...rasanya x tahan dgn siput vavi cm nun kat atas sana tuh...
    nak wt cmner tu pakcik.

    ReplyDelete
  4. sangat berguna info ini utk saya...tq2. tambah2 bab semburan racun ituw :)

    ReplyDelete
  5. saya baru bercadang nk tanam ulam2..ada info tak pakcik..cthnya pegaga n selom...tq info2 tuh.

    ReplyDelete
  6. tahniah..abg mmg petani yg sungguh berjaya

    ReplyDelete
  7. dah cuba tanam 2, 3 pokok..tapi buahnya x menjadi...rasa penat la pulak...huh!

    ReplyDelete
  8. Sz : x perlu mohon la..rajin tu sifat semulajadi...pe susah..bibik kan ade ..drpd dorang buat 'meeting longkang':)

    atynroslan : try jgn x try..

    mahira oya : haha xper blm waktunya lg kot...byk benda lain nk buat kan!

    ReplyDelete
  9. anonymous 1 :..haha ..ajak jer siput2 tu blogwalking cm pakcik nie...(siyesly, guna garam+cuka secukup rasa...kasi spray sama dia)

    ReplyDelete
  10. Bitt : Sama2..sikit info utk dikongsi harap dpt dimanfaatkan.

    Dayna : insyaAllah akan diusahakan..

    Sahromnasrudin : Blm lg..sikit2 ja..T.kasih byk atas ucapan anda.

    Anonymous 2 : Usaha lagi jgn fedup..mgkn cuaca yg x menentu..

    ReplyDelete
  11. wahhh...rajinnya.balik kampung hari tu tengok ayah tanam petola tepi rumah, besar2 buah. tapi tak makan, bg orang je. hehe.

    ReplyDelete
  12. ringan tulang berat perut
    berat tulang kosong perut

    heheheh

    ReplyDelete
  13. rajinnya pakcik kita ni!! kat rmh akak bnyk botol minyak 5kg tp tukang angkat smph yg untung....
    nk tanam apa2 pun susah, cuti sekolah sape nak jaga, seme balik semenanjung....hehe..

    ReplyDelete
  14. alaahi tingin nk berkebun tanam mcm2 jenis pokok..tp kdg2 rasa xm x layak la plak..sbb takut hangat2tahi aym ja..huhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.