Ralit sangat !!

Wednesday, August 04, 2010 Nazlee Ismail 7 Comments



Tisya baru berumur 2 thn..dah pandai tekan sana sini bila berada dalam kereta…bila tetiba tertekan lock pintu kereta..tak pandai la plak nak mengangkatnya balik…maka terjadilah kisahnya berkurung dalam kereta keseorangan..

Apa kata anda...bila anda terkunci di dalam kereta plak…hehehe..takde hal la coz kita dah dewasa kan !..bukak jer la,

Tapi bila anak anda yang tak tau apa2 tu , terkunci di dalamnya…wah ! mengelabah beb..mau taknya..semuanya dalam kereta tu.

ala..Tisya wt per nie..mcm ner nak buat nie..kunci umah, henpon semuanya kat dalam” maknya mengelabah.

Tapi nasib baik lah diorang nie tinggal dalam kuarters dan kejadian tu pun dalam kawasan tu jer…

Aku panggil pakguard suruh amik kunci rumah spare kat ofis n masuk umah amik kunci pendua kereta plak…

Sementara menunggu pakguard amik kunci, mamadiana n makcik Siti kena layan la budak tu supaya tak menangis ketakutan…

Lebikurang 30 minit jugaklah menunggu baru selesai..."ahhh! lega rasa syukur Alhamdulillah..." maknya kembali ceria.



p/s : jangan leka bersembaang di luar sehingga anak bersendirian dalam kereta..banyak perkara buruk boleh berlaku!


.


7 comments:

  1. pakcik lie..tahniah..rumah baru ini menarik sgt..sgt klasik dan penuh nostalgia

    ReplyDelete
  2. ish...bahaya tu, jgn dibuat lg. akak pernah terkena mcm ni, sib baik dia dah besar skit masa tu. skg, walaupun dia dah 8 thn, risau gak kalau tinggalkan lama2 dlm kereta sb dia kalau tertidur susah nak dikejut.

    ReplyDelete
  3. Bahaya tu..
    le lemas..
    Nasib baik x pape..

    ReplyDelete
  4. tu la..jgn ralit sangat.kan dah kena...naseb bek tarak papa...nice n3..tq.

    ReplyDelete
  5. oo..pernah gak jadi masa izzah kecik dulu..dlm 2 thun kut..dok kt flat lagi (tkt 11)....nasib baik ade spare...tp nak naik atas...tunggu lif lgi satu hal.. mase peak hour...ambik mase gak..terpasalah mmnta tlong orang tngokkan.....naik tgga cam lipas kudung....hu..hu

    ReplyDelete
  6. harus beringat ..lain kali nk borak2 jgn tinggalkan anak2 dlm keta...bahaya tu., ajak kawan masuk umah or sigggah jer kat mane2 kedai minum..ataupun ajak anak keluar sekali..lagi selamat.

    ReplyDelete
  7. adoiii...risonya klu gitu..
    anak ni igt nak memain kt dlm tu kot ...ok kena igt ni mesti tutup dl enjin keta kuarkn kunci...uhuks...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.