'Sapa Lebih Hebat' ?
Salam untuk semua bloggers.Selamat sejahtera semoga kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan aktiviti mendatang...
Apa khabar ???..masih pening2 lagi ke?..perut dah tak meragam!?..
elok sangat lah tu tinggal2kan seketika juadah hari raya tuh.....bagi mereka yang belum berkesempatan untuk berpuasa enam...silakan lah, kalau tak boleh berturut2..selang hari pon tak pe..tapi yg lebih afdal buatlah berturut selama enam hari dalam bulan Syawal nih..pahalanya seperti setahun berpuasa.
berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat Syawal...selamat berpuasa PCL ucapkan..
Dikesempatan ini PCL suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati2 dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
Ia menjadi seolah2 satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi pada masa sama ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masinga2 yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Tak salah menerima jemputan 'open house' rakan2..tapi pandai2 lah menjaga hati dan niat agar tidak tersinggung.
Salam aidilfitri buat pak cik sekeluarga...
ReplyDeletepuasa 6.. sy tak buat lg! adeh..
ReplyDelete