Tips ke arah ibubapa mithali..

Tuesday, September 28, 2010 PCL 4 Comments

>>>Siaran ulangan je..


gambar hiasan


Lazimnya ibubapa, pantang bila anak menegur walaupon tahu ianya ternyata bersalah. Jangan rasa tercabar..!

Pepatah melayu mengatakan"bisa ular tidak akan hilang walau menyusur dibawah akar",
Saiyidina Umar pernah berkata " kanak2 tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima, begitu juga dengan junjugan kita Rasulullah SAW kalau berjumpa dengan anak2 kecil, Baginda cukup hormat dan sayang dengan mereka sebab mereka tidak berdosa. Lagipun kanak2 menegur memang ikhlas, jangan endah tak endah dengan teguran mereka. Perasaan anak juga harus dihargai,
sesetengah orang tua jarang bercakap dengan anak2, kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan saja. Mulalah anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Tak ada tempat mengadu, cari kawan untuk meluahkan perasaan..dapat kawan yang okay tak apalah..kene yang samseng dah tentu ia membawa padah.


Dalam dunia hidupku..perkara2 semacam ini sentiasa diambil berat..malah akan dipraktikkan setiap masa demi menjaga keharmonian dalam sebuah keluarga. Kitaorang bebas untuk menegur sesama sendiri.


Di sini ada beberapa tips yang diikuti oleh dunia hidupku antaranya adalah seperti berikut :

# Mulakan hidup anak kita dengan nama pangilan yang baik, nama yang memalukan diri mereka akan menjejaskan kredibeliti dan rasa rendah diri mereka.

# Peluklah anak kita setiap hari sekurang2nya lima kali sehari (ada kajian mengatakan, kekuatan IQ akan bertambah berbanding mereka yang tidak dipeluk).

# Pandanglah anak kita dengan rasa penuh kasih sayang, keyakinan mereka terhadap persekitaran akan bertambah.

# Berilah kata2 perangsang,hadiah atau senyuman bila mana mereka melakukan kebaikan.

# Jangan mengaharapkan perkara kebaikan secara berterusan, setiap anak yang sedang meniti kematangan harus melalui setiap perkara termasuklah berbuat kesilapa dalam hidupnya.

# Apabila berhadapan dengak masalah kerja dan keluarga maka pilihlah keluaga terdahulu kerana masa akan berlalu dan tak akan kembali.

# Jangan mengeluh dihadapan anak2 kerana mereka merasakan dirimereka beban terhadap keluarga.

# Jadilah pendengar setia kepada cerita atau permasaalahan anak2.

# Luangkanlah masa bersama anak kita di luar rumah, peganglah tangan mereka apabila berjalan2. mereka akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam hidup kita suami isteri.

# Janganlah membiarkan anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Anggaplah tangisan anak sebagai sound effect sahaja, dengarinya dengan rela hati mungkin 20 tahun akan datang kita pula yang menangis apabila rumah terasa sunyi.

> sumber.com


Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh...Amin.

p/s : sama2 kita praktikkan..insyaAllah.

4 comments:

  1. insyaAllah boleh la ikut tips2 ni...
    anggap tangisan anak tu sound effect je mmg bagus....mmg "lengai" la telinga maknya nih...hehehehe

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS N3 INI. BANYAK INFO YANG BERGUNA

    ReplyDelete
  3. salam PCL

    wah, bagusnya info ni..
    ni terasa nak cepat jadi ibu mithali ni
    kena usaha lagik..
    hehehhe

    ReplyDelete
  4. @sz | m.s.s

    alah bisa tegal biasa..dah 'mangli' dgr tangisan ank2..akan menyusul lg tu..bertambah rezeki SZ sekeluarga.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.