Aku Insan Yang Lemas ?

Friday, October 15, 2010 PCL 3 Comments


Assalamualaikum...salam petang2 Jumaat.

Kalu dilihat pada pic atas ni...siapakah kita ya..?

susah benar nak dapatkan solat yang benar2 khusyuk...kekadang tu terlalu nakkan kekhusyukan dalam solat akan menyebabkan kecacatan pada solat itu sendiri..

bagaimana ya kita mampu melakukan semua itu....
aku juga sering tertanya2 bagaimana ingin mendapatkan solat yang khusyuk .

mungkin tips di bawah dpt membantu..tetapi rasanya blom boleh ku amalkan sedemikian rupa... masih terselit keduniaan (fikir PM umum ape ya utk Bajet11 ...)berfikir tentang benda yang patut dilakukan selepas solat...
terkadang sampai terlupa sudah rakaat brapa solat ku ini.

dan ketika aku sedar dari lamunan ku dlm solat...aku beristighfar....

mungkin teman2 yang lain punya pendapat maka,

bole la dikongsi2kan...

semoga akan bermanfaat untuk semua.




>Rahsia Khusyuk Dalam Solat


Cara atau tips yang sebaik-baiknya untuk khusyuk dalam sembahyang ialah dengan melakukan beberapa perkara :

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

8. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.

9. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
Untuk membantu supaya dapat khusyuk dalam sembahyang, eloklah seseorang itu memohon pertolongan Allah untuk mengkhusyukkan sembahyangnya dengan membaca Surah An-Nas sebelum dia mengangkat Takbirratul-Ihram.

Meskipun faedah-faedah yang boleh didapati daripada kekhusyukan sembahyang itu, setengah daripadanya ialah dia akan mendapat ganjaran atau pahala yang banyak daripada Allah. Ini kerana sedikit atau banyaknya pahala yang didapati oleh seseorang itu, terhenti pada nilai khusyuk sembahyangnya. Selain daripada itu, sembahyang yang benar-benar berfungsi untuk mencegah perkara maksiat dan mungkar ialah sembahyang yang khusyuk, didirikan semata-mata kerana Allah.

Seperti firman Allah S.W.T yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :

“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”


p/s : masih memperbaiki diri ini..moga diberi petunjuk oleh Nya

.


3 comments:

  1. time solat tu la macam2 yg difikirkan kan...

    ReplyDelete
  2. asal takbir je terus datang berbagai godaan
    insyaallah kita sama2 memperbaiki diri

    ReplyDelete
  3. kadang2 benda yg langsung tak ingat dalam kepala, time solat tu lah dia kuar..huhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.