Ehhhh! rasuah ke ni..??

Friday, October 22, 2010 PCL 10 Comments

..dalam keluarga sendiri je..

Adakah ini amalan yang menggalakan gejala ini berlaku di luar dan menjadikannya suatu amalan hidup..??

Perkataan rasuah itu sendiri pon telah mengambarkan sesuatu yang tidak elok di pandangan masyarakat sekarang..selain perkataan rasuah juga disebut sogokan..iaitu memberi sesuatu sebagai habuan..tapi pengunaannya perlu diperincikan dalam membentuk keharmonian sesebuah keluarga.

Rasuah atau tidak: ‘‘Jika kamu mandi sekarang, kamu boleh tengok televisyen nanti.” berkata ibu kpd anaknya.

Rasuah sentiasa berjaya untuk setiap keadaan dan anda tertanya2 sama ada ia masih boleh digunakan ketika di meja makan.
Rasuah mungkin berkesan dengan anak anda yang cerewet makan untuk tempoh yang singkat tetapi apa yang anak anda pelajari ialah ganjaran yang akan diterimanya adalah begitu mengasyikkan dan makanan yang perlu dihabiskannya untuk menerima ganjaran tersebut contoh lazimnya sayur-sayuran, akan nampak lebih tidak menarik.
Di mata anak anda, waktu makan adalah satu tugas yang perlu diselesaikan.

Ketika para ibubapa bersemangat untuk melihat kejayaan anak2 dalam peperiksaan..
seringkali dijanjikan sesuatu yg amat menarik minat mereka utuk terus bergelumang dgn buku tanpa meghiraukan keadaan sekeliling...Laptop atau Henpon umpamanya jika berjaya mendapatkan kejayaan yg cemerlang. Apatah lagi jika dijanjikan dengan wang ringgit...
yang nampak menarik dan membuatkan mereka tertarik adalah ganjaran yang
itu..

Ibubapa berbuat demikian adalah semata2 untuk melihat mereka menjadi 'orang',..adakah cara lain yang sebaik2nya untuk tidak melibatkan merekeka dalam 'gejala' ini?

mungkin ini salah satu caranya,‘‘Memandangkan kamu tak mau makan nasi, boleh ibu bagi pada kakak?'” Kadang2, ia berkesan untuk sesetengah kanak2. Tiada tawar menawar dan ganjaran dalam keadaan ini.

Kalau kita merasakan rasuah itu boleh merubah segalanya..haruslah waspada akan kesannya jangka masa panjang, yang mana ini boleh membawa kepada kebinasaan bila berterusan disogok dan menyogok untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.

Lumrah zaman sekarang yang serba canggih ....segalanya bermula dari diri kita sendiri.
..kalau tak mintak orang yang beri, kalau tak beri pulak orang yang mintak...



p/s : berfikir banyak kali sebelum buat atau minta pandangan pd yang sepatutnya....jangan 'makan' sorang2..'makan' la ramai2.

.

10 comments:

  1. susah jgk untuk mengajar anak zaman skrg ni..semuanya kena 'rasuah' dulu baru 'jalan'...dolu kt xder samapai mcm ni..ikut je ckp org2 tua.
    jd 'orang' jg kita akhirnya alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. ingat lagu ni "halamak...halamak..jgn nyusahkan mak bapak..(versi Niko)".

    ReplyDelete
  3. @dayna

    pucuk di cita ulam mendatang..itulah kt ibubapa mahukan sebenarnya nak jdkan anak2 ni spt 'orang' bkn orang2 yg jaga kebun tu.

    ReplyDelete
  4. hmm...kadang2 perlu juga....buat mcm tu..

    ReplyDelete
  5. salam PCL
    so far cara 'rasuah' ni ler saya guna kat anak2.. baru cepat sikit dia gerak.. kalau tak rasuah takut omak eh jadik dragon kuar api, sebab anak tak gerak2 bila disuruh..

    ReplyDelete
  6. kalau dlm keluarga kita kena anggap sebahgai Hadiah/balasan atas usahanya....sebab setahunya..rasuah dia mempunyai unsur2 kepentingan sesuatu pihak....tapi kalau bab ngan anak2 ni...sama2 berkepentingan kut....

    ReplyDelete
  7. @abah_izz

    yang penting niat kt tu..harap agar tak disalah ertikan oleh anak2bila dewasa nt. ..

    ReplyDelete
  8. @Aanas

    jgn bapak plak yg jd 'SPR' di rumah.

    ReplyDelete
  9. wah...bagus entry nie.

    tapikan ayu ada sorang jer anak buat masa nie...kena rasuah bila dia tamo makan or mandi...

    tapikan tak main duit2 tau..rasuah tak leh tgk tv jer....okey tak?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.