Hantu Sos, Ila dan Wati...

Thursday, October 07, 2010 PCL 4 Comments

Tersebutlah kisah dua plus satu orang hantu... Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu Ila ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu Wati yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu Wati sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu Ila ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu Wati.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu Ila sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak hasben aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la hasben aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu Wati penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe hasben aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut pompuan kat pintu umah aku. Aku tanye hasben aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik betina tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik betina garit tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu Ila mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu Wati terdiam mendengarkan cerita Hantu Ila. Selepas beberapa ketika, Hantu Wati berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

"...mane plak kawan kita sorang lagi...tadi ade kat sini.." tanya hantu Wati.

"dia tu sebenarnya pemalu hantunya...dulu dia cantek sesanggat...ade orang dengki dan kerat2

bakar , pastu buang dalam sungai" terang hantu Ila pada hantu wati...

"ape namanya"..tanya hantu Wati lagi..

"emmmmmmmmmmmmmmmmmmph....pelik sikit la" jawab hantu Ila.

"area 'benteng' dah bising2 nih....." masih lagi hantu Ila tak jawap soalan tuh..

"tungguuuu dia datang balik...aku malas citer kat sini...serammmm!!!" dalih hantu Ila lagi.




" aku hantu Sos laaa.....ade korang kesah citer aku kuar dalam @#$%^&* selalu!"..


p/s >sumber : hantulucu.com.rekaan semata2.

.





4 comments:

  1. erk..cita cmnie pun ada org wat lawak ek..haishhh..

    ReplyDelete
  2. dekat sangat tu PCL...tak takut ker????

    ReplyDelete
  3. sape la yang reka cerita ni..
    yang saye tau cerita nye bukan mcm ni..
    sebenarnye watak hantu tu asalnye lelaki..
    sape lak yang tukar jadikan watak hantu pompuan??
    pastu siap sambung2 lagi cerita mengarut ni..
    kalau waris2 dia bace mesti sedih..
    memang la tak letak nama dia sebijik2 kat situ tapi orang tengok pun dah tau..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.