Kenapa Geleng Kepala ???

Monday, October 25, 2010 PCL 3 Comments

..adakah aku bukan awekszz!! (....emmph! memang pon)

Kita dah angkat tangan seperti lazimnya bila orang buat salah ketika memandu kereta.
Aku akui memang salah aku...tu sebab aku buat cmtu,..jalan sehala tanpa papan tanda 'no entry' mengelirukan aku ketika berada di jalan yang asing bagi ku walau pon berada di sekitaran sekian lama....sejam sekali pon payah nak jumpa keta lalu di sini, kebetulan keta dia dan keta aku je mlm tadi.

Sambil membuka tingkap ketanya, dia mengeleng2kan kepalanya..aku tau dia tak puas hati kat aku (nasib la dia tak tunjuk isyarat f*** kat aku).

Adakah aku bukan gadis bertudung hitam...?
Adakah aku bukan pemandu keta besar..?
Adakah aku bukan politikus..?
Adakah aku bukan awekszz..?
Mungkin juga dahiku menggerutu....wakaka!!

Hey! ingat sikit..kita dah angkat tangan minta sori...pon nak tarik muka ker??
tak kan aku nak turun keta, blutooth salam dgn kau plak!!

Jika orang yang berhati kering..memang tak kesah pon sumer ni..,
Lemparkan senyuman sikit..walupon kau tahu itu salah orang lain...banyak kemungkinan yang berlaku ketika tu..
mungkin juga nak cepat ke ..emergency nak 'buang hajat' ke...wife dia nak bersalin ke ..mana tau kan!, pikir positip la....senyum pon boleh sebagai tanda kita memaaf kan.

> Itulah budaya kita yang diwar2kan selama ini..


Top Lirik Lagu > Raihan > Senyum Raihan
Untuk Download MP3 Senyum Raihan klik disini Download



Manis Wajahmu Kulihat Di Sana
Apa Rahsia Yang Tersirat
Tapi Zahirnya Dapat Kulihat
Mesra Wajahmu Dengan Senyuman

Senyuman

Senyuman
Senyum Tanda Mesra
Senyum Tanda Sayang
Senyumlah Sedekah Yang Paling Mudah
Senyum Di Waktu Susah
Tanda Ketabahan
Senyuman itu Tanda Keimanan
Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah

Hati Yang Gundah Terasa Senang
Bila Melihat Senyum Hatikan Tenang
Tapi Senyumlah Seikhlas Hati
Senyuman Dari Hati Jatuh Ke Hati

Senyumlah Senyumlah
Senyumlah Seperti Rasulullah
Senyumnya Bersinar Dengan Cahaya
Senyumlah Kita Hanya Kerana Allah
Itulah Senyuman Bersedekah

Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah
Itulah Sedekah Yang Paling Mudah
Tiada Terasa Terhutang Budi
Ikat Persahabatan Antara Kita
Tapi Senyum Jangan Disalah Guna
Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah.




p/s : senyum itu satu sedekah.

.

3 comments:

  1. Arini dia marah kesilapan org..
    Sok2 dia wat silap n harapkan kemaafan org plak..

    ReplyDelete
  2. sy pernah wat geleng2 kepala kat org yg wat salah sbb dia salah jln n hampir sebabkan kemalangan..

    tapi kes ini lain, dia plak yg naik hangin. bukan nak angkat tangan tanda sori...ish2..mcm itu org pon ade ke?

    sy rasa if dia turunkan cermin n angkat tangan, sure sy akan balas angkat tangn..tapi ini lak plak kes nye..mcm2 la manusiaaa

    ReplyDelete
  3. tiada manusia yg sempurna.. tetapi itulah.. manusia ada bermcm ragam.. ada yg penyabar.. ada yg kureng cikit..

    ini kes pasal buat salah.. tp kes aku plak len.. ada kete bg laluan sbb jalan sempit.. so aku pn jalan la sbb dah diberi laluan.. aku ngan senyumnye mengangkat tangan tanda terima kasih.. tapi aku di balas ngan angkatan tangan dgn menggenggam dan menjulurkan jari tengah.. bermain kt otak aku.. ini care angkat tgn zaman baru ker.. kecewa2

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.