PENYIBUKkkkk!!!!

Wednesday, October 27, 2010 PCL 9 Comments

"but not busybody...sometimes..hehe"







Salam..

Biar kita dilabel atau dicop penyibuk asal tiada sebarang kes kanak2 didera berlaku di sekeliling kita.

Seringkali terjadi kes penderaan ini lebih2 lagi yang melibatkan jiran tetangga dan anak2 jagaan mereka telah tidak dilaporkan sehinggah membawa kepada bencana seperti kematian.
Ketika itu barulah kita tahu dan sedar bahawa kejadian seperti bising2 dan teriakan kanak2 rumah sebelah selama ini adalah akibat dari kes penderaan sebenarnya. (*kes bukan saja berlaku terhadap kanak2 malah sesiapa pon berisiko untuk terinaya).

Alangkah bagusnya kalau kita yang menyibuk sikit ketika itu...bertanyakan tentang apa yang sedang berlaku..mungkin kita dapat mengelakkan kejadian terus berlaku.

Cara kehidupan sekarang ini mungkin mempengaruhi keterbatasan untuk beramah mesra dengan jiran tetangga..

>Cakap (type) memang senang la PCL...buat belum tentu lagi..

Aku sekadar menyatakan apa yang perlu untuk tatapan dan muhasabah diri kita sesama warga blog yang dihormati sekalian...dan menyeru untuk berbuat demikian seterusnya demi membanteras penderaan dan penginayaan daripada terus berlaku.

sila laporkan ke TALIAN NUR : 155999 jika ada kes penderaan dan sebagainya.


p/s : sambil baca2 entri...sambil intai2, pandang2 dan dengar2 kat luar sana...





.

9 comments:

  1. morning..

    yap betul aggree sangat

    ReplyDelete
  2. bab2 macam nie bzbodi tadak hal...... =)

    ReplyDelete
  3. Kalau anak2 sendiri yang bising2 camnerlak..kejap menangis,kejap gelak,kejap menangis lagi..hi..hi.

    ReplyDelete
  4. patutnya diorang kena jaga dengan amanah anak2 tu..tapi x tau kenapa lately diorang mcm sambil lewa dan ambil mudah padahal diorang tau tanggungjawab diorang besar selain dari mencari nafkah...

    ReplyDelete
  5. @abah_izz

    letak signbord kat luar.."anak2 kami..kami tau la jaga.."....leh kot cmnie..hahaha.

    ReplyDelete
  6. salam PCL,
    pembaca setia dtg lewat..
    dtg hamba merangkak lalu..
    bukan saja nak meyibukk sangat ..
    ambil pedoman yg mana perlu..

    ReplyDelete
  7. saya sangatt penyibukkk hal ehwal bibik ni...

    ReplyDelete
  8. baru-baru ni jiran sebelah ruma bergaduh besar..

    pastu dengan mak dia membebel kat anak laki pasal arak, n bla bla...

    anak perempuan dok menangis kena pukul dgn abg dia kot..

    jadi bz body jap jenguk2 kat luar ingtkan apa

    huhu

    ReplyDelete
  9. Sambil baca n3 ini
    sambil pasang telinga .

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.