Seperti ada 'orang' menarik kaki..

Thursday, October 14, 2010 PCL 18 Comments

Salam...

Ini hanyalah sebuah perkongsian pengalaman saja...

Seringkali kita membicarakan tentangnya dan ia seolah2 akan mahu menonjolkan dirinya..
walaupun benda2 mcmni dah lama tak kedengaran oleh pekerja dan staf di kawasan sekitar.

Selalunya ia hanya akan ucap 'selamat datang' kepada penghuni baru di sini khususnya wanita...
jarang sekali berlaku terhadap kaum lelaki...(mungkin jantina nya sama..).

Ucapannya adalah seperti "terasa hembusan angin dengan bunyi fuhh! di telinga..beberapa kali sehingga terjaga dari tidur" (berlaku semasa tidur)..dan selainnya adalah seperti ibujari kaki ditarik mengejut (juga belaku semasa penghuni tidur).

Kejadian ini telah dikongsi oleh mamadiana semasa beliau baru berpindah ke sini tahun lepas..tanpa diceritakan kepada anak2.

....Kebiasannya kalu dah sesekali berjumpa jiran tetangga, tiada apa yg banyak dibicarakan..lagi2 peghuni di sini masih baru2 dan berlainan kampung halaman..ada yg dari T'ganu, Klantan, Sabah, Serawak, Kedah, Perak dan S'gor sendiri....

Apa yang disembagkan? espesli para wanita....citer usik mengusik (bukan 18sx tu la)..citer hantuu..(kira 18sx la jgk) menjadi topik hangat !

...sebelah umah aku..bunyi meja kerusi dan alatan perabut cm digerak2kan selalu tak kira waktu...
cm ade yg mengemas tgh2 malam..nk kata baru pindah dah lama masuk umahtu..bila ditanya kepada penghuninya sewaktu open house raya ari tu..dia ckp takde rajinnya dia mengemas malam2..hak2..dia pon dgr benda yg sama gak disangka dtg dari umah aku..waa ni dah rasa lain mcm jer..xper wat tatau ja..

..ini citer makcik jiran lagi satu...dia selalu dengar orang ngaji dalam bilik atas (dorang selau tido bilik bawah)..baguslah kalu dgr ngaji..tapi sapa yg ngaji dlm gelap..lagipon suami dia keja malam..huhuhu seram jgk la...

..pakguard dah biasa bedepan dgn benda2 ni...tapi dorang ni saja tanak citer, terasa takut gak..
habis da ramai yg bukak citer..satu per satu kuar citer seram...huhu menakutkan.

Yang terbaru..masa salah sorang buat rondaan..nampak burung hantuu sama besar dgn budak skolah drjh satu terpacak atas jalan raya dalam kuarters..ni mungkin real punya..kat sini pon tmpt jin bertendang..
dan dalam kuarters yg masih kosong tu yg sentiasa dibersihkan tiap2 3bln sekali oleh tukang sapu ada ternampak kelibat 3 org sami serba oren..sepintas lalu.

Ada lagi yang terbaru...baru dua hari lepas kat kuarters no 2 , nampak kelibat Izam oleh isterinya siram pokok bunga...bukan keja dia tu siram pokok mlm2..lagi pon tu keja orang landscape.
masa tu isterinya dok kat bawah terpandang kat luar...dan terus naik atas ke bilik tidur..tgk2 Izam tengah tidur.

Sebenarnay aku pon ade gak kena kacau....seram la jugak tapi belum masanya lagi nak citer...

Setakat ni ktorng masing2 mengamalkan bacaan ayat2 al-Quraan di kediaman masing2.

moga Allah melindungi kami semua dari ganguan Syaitan .

p/s : semoga ada hikmahnya..dpt mengeratkkan hidup kejiranan dan sentiasa mengigati Allah.

.


18 comments:

  1. seram betoi.

    saya lagi seram, dengar lakibini sebelah umah gaduh, hohohoho!

    ReplyDelete
  2. kalu perlu jaga tepi kain langsir kita dah la kalau kes tu...

    ReplyDelete
  3. huhu.. haru kalau berdepan ngan kisah2 cmni. sy pun ade pengalaman gak.. tp, nanti2 lah di kongsikan.. takut nanti ade yang jerit2!

    ReplyDelete
  4. boleh panggil geng seekers dan expose mistik pegi sana.

    ReplyDelete
  5. huhu seram ar..tp ayt a-quran ja ubt terbaek utk ilangkan ketakutan 2 kan..

    ReplyDelete
  6. rumah sendiri ke rumah kuarters ni PCL?

    ReplyDelete
  7. pcl, buat kenduri doa selamat cepat2 :)

    ReplyDelete
  8. @GaDis CoMeL

    biarla dulu..."jgn diganggu harimau yg lapar nt buruk padahnya"..

    ReplyDelete
  9. @sz | m.s.s

    Kuarters ni la..sblm ni tenang je.

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah..dh ada yg buat, PCL je blm..!

    ReplyDelete
  11. Best juga cerita camni, bukan senang nak dapat peluang lalui pekara cam nie, pernah juga saya lalui benda-benda nie

    ReplyDelete
  12. very good.
    extraordinary.

    ReplyDelete
  13. kawasan baru buka ke, ciklie
    kalau kawasan baru, memang selalu camtu
    banyakkan mengaji dan minta doa

    ReplyDelete
  14. @tehr

    penempatan baru selepas kuarters talikom dirobohkan..bnyk citer yg meyeramkan sblm ni..

    ReplyDelete
  15. panggil je seekers,atau ghost hunter..

    ReplyDelete
  16. Semoga dilindungi ALlah swt dari gangguan2....
    Harapnya dia tak ganggu anak2..
    Takut jugak kalau bebudak lemah semangat....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.