Search This Blog

Loading...

10 October, 2010

Sosej Usus Lembu..



juga dikenali sebagai sosej kemboja........


sosej kemboja...perlu dibakar mcm satay dulu sebelum dimakan..aromanya sungguh menyelerakan !!
>>credit to google.




Salam...

apa kebenda nie..sejenis makanan! ,..nampak cm lain je !!!

haaa ni lah yang dinamakan sosej kemboja..atau dalam bahasa kemboja 'tong mo'..

proses nak buatnya agak merumitkan tapi semua tu kita boleh baca kat sini.

Sebenarnay kat area Banting ni memang ada satu tempat dikhaskan untuk orang2 kemboja/kampuchea berniaga iaitu di Pasar Borong Kanchong Darat..sememangnya sudah terkenal bagi orang2 sekitar dan juga bagi mereka yang menjalankan perniagaan pakaian seperti tshirt, kain tudung wanita, seluar jeans, baju kurung dan sebagainya. Kebanyakkan pelanggan selain dari orang2 tempatan adalah terdiri dari orang2 Pakistan yang berniaga dari rumah ke rumah tuh. (korang perasan tak...duit bulan ni belum bayar lagi..)


suasana di pasar kemboja.

Tapi dalam ramai2 tu ada jugak orang2 yang tak tau langsung tentang kewujudannya...cm jiran2 n opismate aku lah..maklumlah kebanyakkan dorang ni dari 'luar negeri'..lagi pon tak penah explore tempat bermastautin...'malu bertanya sesat jalan', jangan jadi 'kera sumbang' dah la ye!..


Citer tentang sosej yang luar biasa ni bagi aku la...tak teringin pon nak cuba sebelun ni, tapi ntah cmmana mak mentua aku ni, bila dia datang ke suatu tempat , kalau nampak benda yang berlainan/pelik sikit espesli makanan..mesti dia nak cuba...lagi2 kalau tengok benda tu berkerumun orang sekeliling nak beli, haa yang tulah buat dia teruja nak try makan...aromanya memang meyelerakan, lalu jer kat jalan masuk pasar tu....dah terbau sehingga ke jalan luar.


mak mentua aku yang suka jalan2 cari makan.



Setahu aku kat semenanjung ni ada 2 , 3 tempat pasar kemboja yang terkenal selain Selangor di Kanchung Darat Banting dan Sungai Buloh, Johor di Ulu Tiram dan Perak/Penang area Parit Buntar/Permatang Tok Mahat sempadan Sbg.Perai.

Dimana2 ada pasar kemboja maka di situ adalah orang2 kemboja yang menjual makanan tradisi dorang..korang pon kena cubalah..., bagi meraka yang inginkan kelainan sosej yang mantop dan original sila berkunjung ke pasar2 kemboja berdekatan...

kat sini tiap2 ari Ahad pagi ...
...mamadiana n makcik jiran sebelah nak tambah koleksi tudung, minggu lepas dah klesh dgn open house maka tak dapat lah ke situ....hahaha macam2 org pompuan ni.."kat butik mahal2 la...kita ni kelas pasar lambak jer"....huhu merendah diri betul makcik tu.

Aku merangkap 'driver' n 'bodyguard' dorang saja lah...adik n kakak lagi la...layan tido lagi bagus katanya taknak join orang tua2...hehe tapi siap order lagi tu bawa balik apa2 yang patot!.

panasssss montot jugak lah tunggu dorangni memborong sakan!
tunggu berejam dalam keta tak jugak muncul....aduuuuyai, sekali sekala bole lah makcik ooooi, jangan buat selalu...tak sanggup akuuuu.!


p/s : sempat beli ikan patin sekor....masak tempoyak la tghari ni.

.


8 comments:

  1. sosej usus lembu????x geli kerr nk makan ni pakcik??

    ReplyDelete
  2. errr macam2 makanan pelik2 ni kan...
    mcm pmputih tu bila bau buah durian & nak makan punya lah haru, makanan eksotik katanya ... kita ni sedappp je ngapppp ...

    ReplyDelete
  3. @peaNut
    beli yg da siap bakar...ok je., try la..

    ReplyDelete
  4. @sz | m.s.s
    Sz x ngidam mkn2 pelik xpa la...

    ReplyDelete
  5. nampak macam sedap, tiap bulan saya pergi banting, bolehlah singgah kanchung darat pergi pasar kemboja... dapat ambil bau pun ok sosej tu!

    ReplyDelete
  6. tengok gambar cam 'lain macam' sikit...kalau dah hallalan toiyiban rugi gak kalau tak merasa..benda2 pelik ni selalu sedap kut...

    ReplyDelete
  7. Usus lembu..
    Sedap tu..
    nanti nak try la..

    ReplyDelete
  8. sosej tak pernha makan... tapi kalau kerabu usus lembu dengan taugeh dan pucuk paku... perghh,,, menyengat,.. rsepi belah utara je nih..

    ReplyDelete

klik g+1 dan share Fb / ke medium lain sangat dialu-alukan sekiranya anda berminat dengan post ini. Komen terus pun boleh..

[Comment Moderation] ~ tidak diterbitkan jika tak sesuai.

Komen anda didahului dengan ucapan terima kasih.
Komenlah semahu anda supaya dapat manfaat kepada semua yang membaca. Anda perlulah bertanggungjawab dengan apa yang anda nyatakan, IKLAN produk perniagaan tidak dibenarkan ; jika mahu perkhidmatan berkenaan, sila emailkan terus kepada Admin : (nazli.angkasa@gmail.com) .