Takutnya jaga anak orang !!!

Tuesday, October 26, 2010 PCL 9 Comments

gambar hiasan

>oleh mamadiana.



Salam semua...



....bukan kita yang nak jaga depa....depa yang mintak tolong, tak tolong depa mengharap sangat dengan macam2 alasan...tapi alhamdulillah..ada juga masyuk.


Bagi menghilangkan rasa boring bila 'ditinggalkan' keseorangan di siang hari maka inilah yang dilakukan oleh ku..


..risau jugak..semenjak dua menjak ni..banyak kes penderaan terjadi lagi2 yang melibatkan pengasuh kepada kanak2 yang didera tersebut...macam2 lah yang kita dah dengar dan baca di akhbar2 sebelum ni..terjatuh, tercekek, tersedak susu dan seumpamanya...aduuuuhai takutnya bila dengar kes2 macam ni..semuanya mengakibatkan kematian belaka...apa lagi kebanyakkannya akan menyalahkan pengasuh!...meletakkan segala musibah disebabkan oleh kecuaian pengasuh!...geram jugak kekadang tuh...anak2 depa yang hiperaktif , depa taktau!!


..kita ni samapai 'bersilat' untuk mententeramkan keadaan...takut2 kalau jiran terdengar nanti depa kata kita dera anak plak..huhu cepat ja sampai ke telinga yang berkenaan...lepas tu siap 'tarik muka' kat kita plak...huhuhu sadisnya..kita yang penat2 ni kena marah plak...tapi sebenaqnya hat ni tidak berlaku sama sekali dengan ummi Aqeela dan mamaBatrisya..TERKECUALI!!. (setakat ni alhamdulillah...Nauzubillah, mintak dijauhkan segala musibah ) .


Ramai para pengasuh secara amnya tersentak bila mana tugas mereka yang selama ini menjaga anak2 asuhan ini tercengkam dengan ketakutan sekiranya kes yang seumpama terjadi kepada mereka....apakah hak mereka untk menafikan tuduhan yang mereka tidak lakukan walhal segala tuduhan telah tepat kena pada 'batang hidung' mereka walaupon kes belum dibuktikan oleh mahkamah.


..tak dak niat pon nak mencederakan walau sehiperaktif mana sekali pon kanak2 itu...kita akan layan mereka seperti anak2 kita yang kian membesar , tapi ini bergantung kepada nawaitu si pengasuh, kalau nak upah ja.. maka itulah yang akan berlaku...buat keja tanpa ada rasa tanggungjawab..


..Segala apa yang terjadi dan akan terjadi adalah kehendak Allah SWT----> kita dah buat yang terbaik!!


...Siasatlah dulu dan jangan terus menuding jari mencari salah orang saja.


..janganlah harap 100% pada kita...kurangkan syarat2 yang tak 'masuk akal', malah hendaklah bersama2 untuk meningkatkan mutu pembesaran anak2.


Pengasuh (separuh masa) dan Pusat Asuahan yang berdaftar adalah dua perkara yang berlainan...janganlah sesekali menyamakan yang mana lebih bagus!!

..ada kelebihan masing2 yang tersendiri.



"Jangan ikut perasaan..nanti kita pengsan dan jangan ikut hati nanti mereka mati".>p@kcikLie





p/s : Bukan wang ringgit dan hadiah sebagai ukuran, yang penting keikhlasan hati sesama manusia.





.

9 comments:

  1. btl sgt p@kcikLie... setiap perbuatan perlukn niat yg bersih dan suci.. begitu juga dgn apa juga pekerjaan..

    ReplyDelete
  2. yelah .. sekarang ni mcm2 bende berlaku kan.. walaupun sebenarnye itu semua dah ketentuan Nya..

    tp apa pun, penjaga anak harus ingat bahawa anak itu merupakan amanat yg paling besar.. dan kepercayaan ibu bapa pada penjaga amat lah tinggi..

    jalankan kewajipan dengan ikhlas berlandaskan agama, insyaallah..berkat.

    ReplyDelete
  3. @chugie

    betul kata Chugie..harap semua pengasuh perlu ada rasa tanggungjawab..insyallah semuanya selamat dan berkat.

    ReplyDelete
  4. salam PCL,

    pengasuh kalau jenis yang nak upah jer memang jaga anak tak ikhlas.. saya ada pengalaman hantar anak ke 2 orang pengasuh/jiran berbeza.. syukur sesangat, sebab kedua-dua nya tak berkira, ikhlas jaga anak kita, dan tidak mengharap upah semata2.. anak kecik saya skang punyalah sayang kat pengasuh dia sampai taknak ngan saya dah skang. huhu.. sentap gak kadang tu..

    ReplyDelete
  5. panglipurlaraOctober 26, 2010

    ada betulnya...sama berusaha kearah yg baik, jangan cari salah oraang saja...!

    ReplyDelete
  6. wah!!! ada bakat bukak taska la...hebat sdra huhuhuh

    ReplyDelete
  7. @Aanas

    Wslm..terima kasih, samalah rasanya dgn mamadiana, anak jagaan dah mula rapat hingga buat Ummi diorang 'tarik muka' mugkin jeles kot...kita paham ibu mana tak sayang anaknya..

    ReplyDelete
  8. Salam...

    kalau pengasuh tu syg cm anak sdiri x jadi perkara2 buruk...ni ramai yg jaga krn tugas jer..

    ReplyDelete
  9. insyaAllah mamadiana boleh jaga anak2 orang lain mcm anak sendiri kan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.