Tips buatkan suami lebih sayang.

Tuesday, October 05, 2010 PCL 11 Comments

gambar hiasan : takde suami mengaku bujang kalau kena gayanya!...




Terus kepada tajuk entri...okay!,
taknak citer panjang2..kepada pasangan baru atau lama sila lah cuba ikut...

antaranya ialah :,


Apa kesukaan suami diturutkan, tapi mesti kena pada tempatnya (benda yang dilarang agama jangan dituruti.)

Taknak sindir2..kalau takpuas hati ..cakap je terus terang (cepat selesai masalah).

Kena suka pada tabiat suami walaupon sesetengahnya merimaskan..lepas tu sikit2 la suarakan apa yang terpendam (jangan simpan lama2, nanti 'busuk').

Kalau keluarga bertambah, agih2kan masa antara anak2 dengan suami, jangan suarakan masalah depan anak2.
(bincang masalah pelajaran anak2 tu okay la)

Jangan buat huru hara dalam rumah, tenangkan keadaan supaya suami suka berada di dalamnya (pekik terlolong adalah dilarang)

Keluarga mertua dengan keluarga sendiri dilayan sama rata (tiada pilih kasih).

Jangan terlebih2 depan orang lain di luar rumah (buat show 'membakar' hati suami).

Buat apa pon kena ikhlas, contohnya layanan, masakan, gurauan dan sebagainya tanpa mengharapkan sesuatu (..kalau tak, 'manis' hanya dibibir saja).

Jangan suka dengar cakap2 orang yang selalu mengenakan suami kita (selidik dulu , jangan main tuduh2 je).



oraittt!!!...setakat ni dulu...kalau perlu ada penambahan untuk kebaikkan bersama..silakan di ruangan komen .

p/s : yang ada pada orang , takde pada kita...marila kita share di sini.


11 comments:

  1. wah.. tips ni base on PCL punye experience ke?
    berguna ni..

    ReplyDelete
  2. bagus2..ikhlas tips daripada sang suami kan PCL ni...
    nak tambah juga,
    sang isteri tak perlu menyakitkan hati sendiri nak berlawan cakap ngan sang suami kerana "ego" suami pun perlu di jaga...tolak ansur membawa muafakat...slalu nak "mintak" apa2 mesti kena lah mood baik kan...

    ReplyDelete
  3. salam pak cik..terima kasih..good info..

    ReplyDelete
  4. @chugie

    adela sikit2...'share'kan apa yg patut.

    ReplyDelete
  5. @sz | m.s.s

    ego perlu ada tak kira siapa pon, itu menandakan kewarasan dan layak menjadi ketua...hehe (tp jgn lebih2 dan mendatangkan masalah dlm keluarga)

    ReplyDelete
  6. salam p@kcikLie, thx fo sharing dis tips :)

    bak kata dot dot.."saya nak cari isteri yg taat"

    ReplyDelete
  7. @makdara TERdiva

    kalu bole sama2 mentaati ..lagi bagus...cerah masa depan.

    ReplyDelete
  8. salam ziarah..tahniah!!!cantik header baru nie..sgt happening..menggambarkan sebuah kehidupan yg sedang dilalui :-)

    ReplyDelete
  9. Salam pakcik ...

    alangkah bagusnya jika semua pasangan kekalkan sebegitu kaanns... aman damai , hidup harmonis..

    ReplyDelete
  10. sape yang cerita buruk2
    pasal suami saye..
    dia tu bakal jadi musuh ketat saye..
    hahha..ye la..
    saye lebih kenal dia dari orang lain..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.