Kedai Mamak Muslim...kepastiannya kita boleh cuba!

Monday, November 15, 2010 PCL 8 Comments

gambar hiasan


Salam Tuan/Puan/Cik blogger yang dihormati..

..mood aku pepagi ni santun sikit, walaupon semalam tak cukup tidur...bukan kerana melayan zombie game tapi ini adalah disebabkan meminum 'kopi Jantang' kat kedai mamak ....susah nak tidor beb!!

Mulanya cuma nak meneman anak2 yang suka makan lewat malam...lepas tu tak kan tengok je, badan pon rasa lenguh2 then terus order kopi 'kuat'...memang kuat sungguh, salah timing la pulak.

..kebetulan sambil borak2 dengan mamadiana terlintas di fikiran ku , beberapa hari lepas terbaca email berkenaan kesahihan kedai mamak berlagak muslim:


" Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah

terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak

Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu

tergamak hendak menyembelih, memasak dan

menghidangkan 'tuhan' mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan

haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan

oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim

yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan

poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India

Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak

akan sekali-kali menggadaikan 'aqidah' mereka

dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur,

dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk.

Selalunya akan tercatat pada lauk daging - 'daging

lembu' atau 'daging kambing'. Sekiranya terdapat daging masakan daging

lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah

mamak Muslim."

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk

berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran

tersebut; "ada lauk daging tak?"

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu

tiada".

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa

tiada lauk lembu?".

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan

tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut."

>>fowarded email..terima kasih sahabat.


...apa lagi praktikkan la apa info yang aku dapat sebelum ni...cari daging lembu masak kicap....

aku : "daging masak kicap ada?"

mamak : "sudah habis la bang".

aku: " habis ke tak masak daging lembu.."

mamak : "kita muslim la bang...mesti ada jual punya masak daging lembu, tapi sekarang dah lewat..esok pagi mesti ada...awal sikit la bang.."

aku : "owh ya ka...tak pa lah..". (dalam hati...ok pass!).

>> bole caya ke buat cmni..cm tak praktikal je...lain hari bole try lagi untuk kepastian.


pssst : mamak Hindu 'murtad'..bagus , sekurang2nya dia telah engkar dengan tuhannya, tapi jangan kita yang Muslim murtad sudah la...


8 comments:

  1. CikLie, ummm skrg kena betol2 hati2...hany selalu kena bebl ngn husband sbb slalu mls masak hehhee then nnti dia akn keluarkan la tazkirah psl kebersihan kedai, kehalalan...kalau nak makan kat luar...hurmmm disitu kebenaran berpihak pada dia...;)

    ReplyDelete
  2. bagus ler tips nh..lain kali sy pon nak praktikkan..mmg susah nk bezakan mamak y muslim and non muslim

    ReplyDelete
  3. ada jugak mamak kafir yg 'murtad'...nk 'cari makan' kt kedai muslim...cakap pon tak betul nk amik order cmner...uwekk!! takyah la pegi kedai dorang..cari je kedai 'org kita'..

    ReplyDelete
  4. kekadang boleh tengok time hr jumaat..tutup sekejap ke tak?..atau tengok dia punya pekerja, ada pi ke tak....kalau slambe je jual...comform dah..

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..info yang berguna..bagus untuk dipraktikkan

    ReplyDelete
  6. bagus juga tips ni! pasni mmg sesi menengok lauk daging lembu dl la jawabnya...hehehe

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan...ada tips menarik utk dipraktikkan..selalunya reddah je bila nampak muslim makan kat situ...

    sila singgah ke blog ulung saya..tq

    ReplyDelete
  8. kami pun suka makan kat kedai mamak, utk breakfast.. tp memang kena tengok betul2 lah!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.