Lelaki Kena Tahu...

Tuesday, November 02, 2010 Nazlee Ismail 5 Comments

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan....Begitulah kira-kiranya.

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
...So, kena amik part sikit hal2 sebegini..termasuk diri yang menaip nih., insyaAllah.

Wokeh! kita tengok situasi yang terjadi kebanyakannya pada masa2 kini..

Berapa banyak anak2 yang tidak tahu membaca Al-Quran. Tidak tahu sembahyang bahkan Fatihah pun tak boleh baca, jauh sekali dari menghafalnya. Masya'Allah ada yang tak tahu menyebut syahadah walaupun dah baligh.

Akibatnya kebanyakan anak2 hari ini terdiri daripada mereka yang hanya pandai
berpoya2, pandai menyakitkan hati dan meracuni jiwa serta menderhakai
kepada orang2 tuanya. Akhirnya bila sampai tahap, mereka akan menjadi anak
yang liar. Ibu bapa seolah2 memelihara anak2 haiwan (...kasar sikit kalu itu terkena kat batang hidung sendiri , maaf kan aku!) sama seperti anak
rimau, kucing atau ayam. Betapa tidak haiwan tak sembahyang samalah seperti
anak2 itu. Bahkan haiwan lebih baik sebab tidak diberikan akal. Ketika ini baru
ibubapa mengeluh bukan menyalahkan dirinya tetapi salahkan anak2 dan paling
teruk menyalahkan orang lain. Sebenarnya semua ini berpunca daripada ibubapa terutama LELAKI/suami sebagai ketua keluarga yang tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak2.

Sesama kita mempebaiki taraf hidup keluarga, yang mana kurang kita tambah dan yang mana berlebihan kita agih2kan supaya semua mendapat manfaat dan keberkatan hidup.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya."


p/s : Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak2 seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya
.

5 comments:

  1. begitu besarnya tanggungjawab suami kan PCL..sebab tu syurga isteri di telapak kaki suami...tp back to basic, syurga suami tetap di telapak kaki ibunya...sama2 kita jaga syurga masing2 :)

    ReplyDelete
  2. hehe dah baca kat notes fb..suma laki n pmpuan kena baca nie..;)

    ReplyDelete
  3. tak tahu di mana silapnya..masih tercari2..
    mudah-mudahan dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  4. Besar t/jawab & amanah yg dipikul oleh lelaki yg bergelar suami dan ketua keluarga...

    bersedialah sebelum disediakan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.