Panggil Isteri Dengan Pangillan Ummi, Mama..
>Permasalah yang dikemukakan oleh insan_mis3"Assalamualaikum..
hari Sabtu baru ni saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz Dr Abd Basit. Macam terdengar yg dia mengatakan makruh memanggil isteri dengan panggilan umi, ibu, mama dsb (kalau tak silap dgr la)..
Apa dalil hadis yg mengatakan hukum ni makruh? Siapa nama sahabat yg paggil isterinya paggilan2 seumpama ini? Hadis yg jadi dalil ni riwayat siapa dan apa martabatnya? "
**************
Abu_Umair
Panel Feqh
بسم الله
والØÙ…د لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ÙˆØµØØ¨Ù‡ ومن والاه أما بعد
- Memanggil isteri dengan panggilan seperti 'ibuku, mama" dan seumpamanya, jika dimaksudkan dengannya untuk menyamakan isteri dengan ibunya dari sudut haram bersekedudukan, maka ia dikira zihar (zihar kinayah). Tetapi dalam masyarakat Melayu, ia jarang dimaksudkan begitu.
- Kebiasaan, dalam masyarakat kita, suami memanggil isteri dengan panggilan 'mama, ibu, mak' dan seumpamanya hanya semata-mata panggilan, atau kebiasaan, atau kerana mengikut panggilan anak kepada ibu mereka.
- Memanggil isteri dengan panggilan demikian, ada pendapat yang mengatakan makruh. Kerana berdasarkan satu hadis ada seorang lelaki memanggil isterinya dengan 'Ya Ukhaiyyah' (Wahai adikku).
Lalu Rasulullah Sallallahu ALaihi Wasallam bertanya, "Adakah dia adik perempuan kamu?".
Kemudian, baginda membenci panggilan demikian dan melarangnya.
- Hadis ini direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 2212) daripada hadis Abu Tamimah Al-Hujaimiy. Ia dinilai dhaif oleh Albani.
- Syeikh Utsaimin ditanya soalan seperti ini, lalu beliau berfatwa, "Harus bagi seorang lelaki memanggil isteri dengan 'Wahai adik perempuanku' atau 'Wahai ibuku', dan perkataan-perkataan lain yang boleh menimbulkan kasih sayang. Walaupun sebahagian ulama mengatakan makruh seorang suami memanggil isteri dengan perkataan-perkatan seumpama itu, tetapi tidak ada hujah untuk mengatakan makruh. Kerana amalan-amalan adalah dengan niat-niat. Suami tersebut bermaksud untuk menimbulkan kasih sayang dan kemesraan dengan isterinya". (Fatawa Nur Ala Al-Darb).
Wallahu
P/s : kredit sumber >
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/03/panggil-isteri-dengan-panggilan-ummi.html
.
dulu..baru2 kwin....beradik berabang,.pas ada hero..bermama berpapa la plak..hehehe...esok2 becucu..beratok2 la pulak... hehee
ReplyDeletesalam..panggil la sayang..kan lebih mesra huhuhuh
ReplyDeletetp mmg org melayu kite mcm tu..bile dgr "maknye" "paknye" lagi rase romantis...hik hik...btw, something should b changed.
ReplyDeletehmm tu lah..masa bercinta leh bersayang2, knapa tak kekalkan aje? kan itu lebih baik..
ReplyDeletepernah dgr gak pasal nie...eloknya pnggil abg syg ja..isaw ku pnggl mama ke apa ke mcm dsmakan plak dgn pnggln pada mak..;)
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteno komen..
belum ade bini..
eh,silap...blom ade somi..huhuh..
tp org2 tua salu panggil camni :
" atok dia...oh atuk dia... "
haaa...kan? :P
ngeh ngeh ngeh.. single lagi, so xde nak kisah panggil2 mcm tu hihi..
ReplyDeletesalam PCL,
ReplyDeletesiang panggil abah, malam panggil ayang.. kehkehkeh..
hehe...xde panggilan lg...=P
ReplyDeletedulu panggil suami abang...pastu anak2 ikut panggil ayahnye abang...tu sbb panggil ayah..sama gak dgn mama...bila ayahnye panggil nama, anak2 ikut panggil nama juga...sbb tu panggil mama...bila berdua duaan jer boleh berabang bersayang..
ReplyDeleteayoyo..rimasla nak komen kalau ade word veriffication tu..ejaan pelik2..satu komen dua tiga kali post..remove ajelahhh...boleh??
ReplyDelete>Nafisa81,
ReplyDelete.. maaf jika merimaskan anda dan juga komentar lain...sudah dilaksanakan, segala kesulitan amat dikesali dan tidak disengajakan.
sebab ape tau pok cik kalau panggil isteri 'ayang' depan anak jadi anak akan copy n pase panggil mak dier ayanggak..jadi mcm tak kena plak..mungkin atas niatlah kita panggil tuh.tapi wat masa nie hubby tak panggil mummy lagi depan anakjer panggil mummy
ReplyDeletekita laki bini senang jer.. dia pggl sy syg.. sy pggl dia syg.. xde beradik abg.. takde bermama papa.. ms blm kawen lg sempoi.. ber aku kau.. tp ttp[ happening hidup kami. kitorang ni simple, sempoi & gila2
ReplyDeleteBILA STATUS AGAMA CIKGU SHIDA DI RAGUI.. APA DIA JAWAB??
NAK TAHU PENYUMBANG TRAFFIC TERTINGGI DI BLOG MELEKIT?
Assalamualaikum...Sebenarnya tidak ada dalil yang kukuh menyatakannya makruh...khilaf ulama' berlaku dalam hal ini dan kita tidak boleh sama-sekali menjadikan hadis dhoif sebagai sandaran atau hujah kerana martabat hadis tersebut adalah lemah dan tidak boleh dijadikan hujah...dalam bab zihar amat berbeza seperti yang dinyatakan oleh ustaz di atas kerana zihar adalah menyamakan anggota tubuh isteri kita dengan mana-mana anggota tubuh ibu,kakak,atau adik kita...maka zihar itu adalah haram dan memanggil seperti diatas bagi saya tidak makruh dan boleh dikatakan harus..Wallahua'lam.
ReplyDeletePanggilan untuk pasangan kita itu terpulang pd hak masing asalkan niat harus betul.
ReplyDeleteBg aku lebih senang dan sweet panggil ABAH UMMI.. anak2 juger suka. Gelaran ABAH itu memangil bertujuan kerana dia suami kpd anakku dan UMMI adalah dia ibu kpd anakku..
Nice sharing here brother. Kadang2 ada org masih keliru lg..