Sayang, sayang2...'melayang'.

Tuesday, November 09, 2010 Nazlee Ismail 3 Comments

Salam...

Rasulullah SAW selalu memanggil Aisyah dengan panggilan kesayangan seperti “Ya ‘Aisy”, “Ya Uwaisy”, atau “Ya Humaira”, untuk membuat hatinya tersanjung.


Alahai..sukanya dengar perkataan sayang..lagi2 dorang yang tengah hangat bercinta ni...dengan lain perkataan yang sama maksud contohnya seperti ayang , yang , ling, honey dan sebagainya...semuanya menggambarkan bertapa sayangnya kita pada seseorang...

Aku??...dah lama berlalu...mulanya panggil 'sayang' jugak..lepastu dah ada anak sorang ...tukar kepada 'mama'...sesekali tu ada ke ??..cm lain plak kedengaran, rasa segan di khalayak ramai..(dlm bilik oraiit!!)...sehinggalah sekarang.
Biar 'mama' tu melekat bersama anak2 dalam dunia hidupku. Lupakan kes aku dan familiku...
kita berbicara bab umum/general..lagi senangkan..tak menyentuh mana2 pihak..dan aku tak mahu ada yang tersinggung, sekadar bahan bacaan..amik yang mana patot saja guna untuk kebaikkan.

Ada juga yang melekat dengan panggilan 'sayang' tapi belum 'melayang'..Alhamdulillah, tidaklah diminta sama sekali ianya berlaku.

Apa pon terms yang kita gunakan semasa bercouple atau sudah berumah tangga hendak lah ia
bersama2 dengan keikhlasan...bukan sekadar panggilan biasa buat insan yang kita kasihi.

Walaopon dolu2 mengikut gambaran dari citer2 lama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee...penggunaan perkataan atau panggilan kepada pasangan seperti 'sayang' adalah tidak jelas...kebanyakkannya menggunakan nama sendiri atau pon yang lebih sentimental value seperti bapaknya, maknya, pakhang, makhang...dan sebagainya lagi, agak kasar sikit tapi dorang cool jer...'roman tak tik' lagi la masa tu...

Tapi sekarang ni keadaan sudah banyak berubah...tengok saja lah penggunaan 'sayang' sudah digunakan semenjak sebelum menjadi pasangan hidup yang sah lagi....tengok saja lah...sayang2 dah nikah lepas tu 'melayang' (tak semua).

Apa guna semua ini ?? sikit2 sayang..sayang itu..., sayang ini (ada orang menyampah).

Dalam situasi lain..
Harus diingat ya kepada ibu2 dan bapa2 yang menggunakan perkataan seumpama 'ummi' atau 'mama' untuk dipanggil kepada isteri atau sebaliknya perkataan tersebut maka hendaklah jangan diniatkan sebagaimana anak2 memangil ibubapa mereka.
Seperti juga panggilan 'abang' untuk suami..

p/s :>> kita akan ikuti di lain entri selepas ini berkenaan hukumnya panggilan tersebut, insyaAllah.


.

3 comments:

  1. hmm pernah dengar ceramah, better tak bahasakan ayah /papa atau ibu/mumi antara suami isteri supaya membezakan kasih sayang suami isteri dengan kasih sayang ibubapa dengan anak..wallahualam..

    benda yg baik kenapa tidak kita amalkan,ye dak?

    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. ihiks..br semalam gelak2 ngan incik somi pasal pggl "baby", "sayang" tgk kat wall fb orang2 blom kawen ni...betul la mcm PCL kata tu, zaman cintan cintun blom sah dok la sayang itu sayang ini...pastu ? sendiri mau jawab...

    apapun semoga kasihsayang kita dgn pasangan (suami/isteri) sentiasa berkekalan... :)

    ReplyDelete
  3. ape2 pun tak kisahkan janji bahagia...terpulang pada masing2...

    ade jugak yg saye jumpe,suami isteri bahasa dirikan nye aku & kau jer...terkojuttt den...tak maniskan gitu...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.