Selamat Hari Raya Aidil Adha..dan Tahniah kepada Hanis..

Tuesday, November 16, 2010 PCL 6 Comments

Assalamualaikum...

...hai korang sumer...dah ready ke untuk sambutan raya haji esok...
aku nyer famili kat sini biasalah, jadi orang perantauan memang selalu terfikir nak balik kampung halaman..

Setakat entri ni ditaip aku masih lagi kat opis...menghabeskan saki baki keja yang belum pasti kehabisannya..kalu habis takde keja la jawapnya kitaorang kat opis ni nanti...sempat berentri lagi tuh...

Pepagi tadi kena hadir ke sekolah adik Hanis Umairah, dorang ada buat Hari Anugrah Kecemerlangan tahunan, Alhamdulillah adik dapat no 1 dalam kelas dia...
memang nampak releks je orangnya, tapi berjaya jugak dia, syukur sesangat..moga dia terus berjaya untuk mencapai cita2nya sebagai Angkasawanita..aamin.

Yang paling gembira adalah mamaDiana, sebab dia sangat ambil berat tentang pelajaran anak2.

> sekitar Penyampaian Hadiah SKKD



SKKD cemerlang UPSR2010 Daerah Kuala Langat




budak yang bising di rumah tapi senyap di sekolah...(cikgu komplen)




bersama Guru Kelas dan Guru Bahasa yang banyak membantu dlm pelajaran..




bersama Mama tersayang, Kaknina n Batrusya...




..dan rakan sekelas yang sama2 dapat hadiah...best la tu!


...dorang semua balik rumah aku kena sambung keja kat opis...maybe mamadiana tengah sibuk packing kain baju untuk ktorang bertolak balik kampung petang ni insyaAllah...doakan kami selamat pergi dan balik dengan sihat walafiat sekembalinya nanti......

Destinasi balik kampung kami adalah ke rumah mentua aku kat Sg Petani Kedah...alhamdulillah kat sana belum penah banjir lagi...harap2 tak akan berlaku musibah seperti itu...ondeway balik singgah sekejap rumah emak aku di Parit Buntar..(org pompuan tak mau mengalah..asyik depa je nak menang!..tak pa)

Kepada Muslimin dan Muslimat , PCL sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, semoga berjumpa lagi di entri selepas cuti ini (kita amik cuti sampai Isnin yek..!).


Wassalam.





6 comments:

  1. salam pakciklie..destinasi kita sama la..saya pun lik SP petang nie huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sempoi lah...raya kat sana ka...calling2 la..

    ReplyDelete
  3. Selamat Menyambut Aidil adha untuk PCL sekeluarga...

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha juga utk PCL sekeluarga...
    alhamdulillah, tahniah adik hanis, teruskan momentum itu! :)

    ReplyDelete
  5. salam pak cik, sup kaki sedap makan ya ni

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.