Tips Penjagaan Bag/tas Tangan Dari mamaDiana.

Saturday, November 06, 2010 PCL 4 Comments

SALAM..





gambar hiasan





Kepada kaum wanita khususnya, saya ingin berkongsi tips berkenaan dengan penjagaan bag/tas tangan .


Penggunaan bag/tas tangan biasanya tak kalah pentingnya seperti pemakaian baju.Wanita2 sekarang lebih gemar membawa bag/tas tangan ketika mengahdiri majlis2 tertentu atau pon bersiar2 membeli belah, ada yang suka bag/tas tangan yang berukuran besar tak kurang juga suka yang berukuran kecil.


Kebanyakkan wanita suka mempunyai koleksi bag/tas tangan walaupon yang lama masih lagi dalam keadaan baik tetapi mahukan stok baru..emmm ikut trend la tuh !

Bagi yang berkemampuan tiada masalah...keluar trend baru..tukar jer yang baru..'only small the pieces'...huh! laki juga yang 'kopak' kalu ade isteri yg suka trendy ni..duit sendiri no hal der..

habis tu yang gantung banyak2 dalam bilik tu wat hape ??
nak bagi kat adik beradik , sayang jugak tuh ..bagi orang lain pe lagi, next time boleh guna tau.. sayang la.


.. ada baiknya juga bagi mereka yang suka menggilirkan pengunaannya...tapi kalau dah banyak sesangat ni kena pandai jaga agar ia sentiasa kelihatan baru..











bag tangan 'Nina' hadiah besday lepas..





Kat sini mamadiana ada beberapa tips untuk penjagaan bag/tas tangan :


--> Hindari menggenggam terus pegangan tas menggunakan telapak tangan, sarungkan saja pegangan tas di lengan. (anda boleh menghindari kerosakan pada pegangan tas akibat terdedah dari lotion atau kotoran yang melekat pada telapak tangan)

--> Jangan isi tas dengan barang2 yang terlalu berat kerana itu akan mempengaruhi bentuk asli tas tersebut. (wang kertas cukupla..duit syiling masuk tabung).

-->Selalulah bertukar pemakaiannya walaupon tak ikut trendy...korang tak kesah kan!!



-->Apabila tidak digunakan, bungkus tas agar terhindar dari debu (awas jgn gantung dlm tempoh yg lama, seeloknya letak di bawah).

-->Jika pegangan tas diperbuat dari rantai, masukkan pegangan tas tersebut kedalamnya (jgn jadi penyebab kepada suami, anak2 dan anda sendiri tersungkur!)

>> dari mamadiana.com







p/s : ...alah membeli menang memakai..(beli berpuluh ratus henggit , takkan nak simpan jer kot!!.) duit sendiri style sendiri.

.





4 comments:

  1. salam, ikut hati mmg nak tukar2 handbag tapi bila fikir balik mcm membazir pula (duit en abg plak tu) bagi akak setahun satu dah cukup, itu pun masih elok kalau beli yg berjenama.

    pssst...kita ni org biasa, takyah nak tukar2 selalu, bukan artis.

    ReplyDelete
  2. duit sendiri style sendiri...npk bag yg baru kita suka beli... yg lama kita simpan..itulah kepuasan namanya..thanks dgn tips tu...i like.

    ReplyDelete
  3. yeahhh...saya suka jaga beg tgn saya...love it...sampai xterpkai..hehe

    ReplyDelete
  4. saya ni beg tangan tak banyak..
    setahun beli 2,3 je..
    tak de la sampai tetiap bulan nak kena beli..
    membazir sebab kalau beli banyak pun tapi tak selesa pakai nak buat ape..dok dalam lemari je la..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.