Mulakan Segalanya ...

Tuesday, December 07, 2010 Nazlee Ismail 6 Comments



Setiap sesuatu itu dijadikan oleh Allah SWT itu berpasangan...
ada lelaki ada wanita...ada jantan ada betina...ada depan ada belakang..ada pucuk ada pangkal..ada kepala ada ekor ada kehidupan ada kematian dan bermacam2 pasangan lagi, sesungguhnya Maha Agung Pencipta alam dan sekalian makhlukNya.

Hitam dan putih (kehidupan), dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan, untung dan rugi, kegagalan dan kejayaan, semua itu juga pasangan secocok yang perlu dipilih oleh seseorang jesteru mematangkan peribadi .

Pabila melihat ke arah cermin, nampak kulit semakin kedut, nasib baik uban belum tumbuh melata hanya di sana sini teringin nak keluar sehelai dua..hehehe.

Hari2 semakin sibuk melayari dunia yang mencabar keimanan...
membuka album kenangan masa lalu, sungguh pantas ia berlalu..anak2 pon kian membesar cuma iman ini saja ditakok lama...terasa ingin berhijrah sudah lama..berhijrah tempat tidak terkira, berhijrah iman baru bermula..

mudah2an dipermudahkan segalanya.

6 comments:

  1. dunia globalisasi sentiasa membangun bersama sama dengan godaan.....so, kita pandai pandai la...huhu...salam maal hijrah pak cik lie...

    ReplyDelete
  2. selalunya bagi diri kita sukar untuk mendapat kesedaran melainkan ada yang menegur terlebih dahulu...yang pasti mampukah kita menerima teguran?? jika ya, berubahlah dgn keikhlasan diri.

    ReplyDelete
  3. Bukan tua tapi veteran,,,, orang lama.. dan banyak istilahnya...hanya cermin menipu diri bersama sejarahnya

    ReplyDelete
  4. aminnnn...
    insyaAllah, sama2 kita berhijrah menjadi lebih baik dari semalam ...

    ReplyDelete
  5. tengok gambar tu teringat cerita narnia

    hehe

    ReplyDelete
  6. banyak maknanya gambar tu! :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.